PROGRAM 2025

EduVibe 2025: Where Fun Meets Knowledge

Pengenalan 

Seksyen Pengurusan Koleksi menganjurkan Program EduVibe 2025 selama 3 hari bermula 29 Oktober hingga 31 Oktober 2025 yang menumpukan kepada penerapan budaya ilmu dan pembelajaran berterusan dalam kalangan warga universiti. Program ini juga dijalankan bagi meraikan pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi akademik 2025/2026.

USK Team PSZJB

Jawatankuasa Program EduVibe 2025

Program EduVibe dilaksanakan yang diketuai oleh Penyelaras Program di PSZJB, Encik Mohamad Syafiq bin Salamat untuk memastikan semua aktiviti berjalan lancar sepanjang aktiviti berlangsung. Manakala Library Games diketuai oleh Puan Zalinda binti Shuratman sebagai ketua bagi kategori permainan di bangunan PSZJB bagi menentukan peraturan, format dan tempoh aktiviti agar berjalan lancar, adil dan menyeronokkan.

Program berlangsung

Program EduVibe mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat baik daripada semua pelajar baharu yang menyertainya.

Terdapat sebanyak 150 unit cenderahati telah disediakan untuk menjadikan tarikan utama kepada pengguna baharu perpustakaan.

Aktifkan UTMID

Pelajar perlu mengaktifkan akaun perpustakaan di Kaunter Pertanyaan sebelum menyertai Library Games.

Digital Roda Impian

Pelajar perlu memutarkan Digital Roda Impian dengan kelik tetikus pada laptop dan menuju ke permainan mengikut nombor yang dipilih di roda impian agar mereka dapat mencuba dan menyelesaikan arahan permainan tersebut.

Permainan

Terdapat enam aktiviti utama program EduVibe 2025 iaitu:

  1. Memorize Me
  2. Guess Me
  3. Solve Me
  4. Do’s and Don’ts.

Aktiviti-aktiviti EduVibe

Library Games

E-Sport FIFA Tournament

Borrow books and redeem gifts

Pemenang E-Sport FIFA Tournament

UTM Open Day