PROJEK 2025

Kekemasan dan Penyusunan Semula Koleksi Journal Bound 

 

Projek telah dilaksanakan dari 9 Julai hingga 19 Ogos 2025 bagi memastikan semua bahan Journal Bound di simpan dan di susun dengan kemas dan teratur untuk memberikan kemudahan rujukan dan carian bahan kepada pengguna UTM.

Penglibatan

Staf Perpustakaan Seksyen Pengurusan Koleksi yang memindahkan dan menyusun semula bahan koleksi Journal Bound di rak yang terletak di aras 2.

Sebelum

Selepas

Proses Kerja

Semakan bahan di rak untuk kerja kekemasan dan penyusunan. Terdapat 5 tindakan dilakukan semasa melaksanakan kerja-kerja kemasan dan susunan semula bahan Jounal Bound di aras 2 iaitu: 
1 – Keperluan peralatan disediakan

Memberi taklimat dan menyerahkan peralatan yang telah disediakan oleh pihak Pengurusan kepada semua AJK yang dilantik.

2 – Periksa fizikal koleksi bahan

Staf memeriksaan bahan dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat bahan yang rosak, bahan tersebut perlu diasingkan ke troli bahan rosak.

3 – Alihkan bahan jurnal

Bahan jurnal perlu dialihkan dari rak ke troli bagi pembersihan rak.

4 – Pembersihan rak

Kerja kekemasan seperti pembersihan habuk dilakukan di tiap-tiap barisan rak yang dikosongkan.

5 – Penyusunan semula bahan

Kerja Penyusunan seperti menyusun mengikut tahun, siri dan kategori yang ditetapkan bagi memudahkan pencarian bahan.

UTM Open Day