PROJEK INOVASI 2025

log baharu

PEMINJAMAN BILIK KAREL DAN PERBINCANGAN SECARA MANUAL

Projek ini telah dilaksanakan yang dianggotai oleh Puan Zalinda dan Encik Norazhar dan dibantu oleh 2 ahli inovasi iaitu Cik Fatin Farhana dan Cik Nurul Arifah bagi memastikan pengisian data dan maklumat pengguna menjadi lebih mudah di akses dan dikemaskini.

faedah melaksanakan Projek

Jangka Masa Panjang

  1. Pengurusan kunci secara manual diperolehi dengan cepat dan mudah kepada pengguna
  2. Memastikan pemantauan lebih berkesan secara berterusan

Jangka Masa Pendek

  1. Merekod dan mengemaskini data peminjaman bilik karel dan perbincangan dari masa ke semasa
  2. Menambahbaik kecekapan staf di kaunter sekiranya berlaku masalah rangkaian sistem koha

Alat Aplikasi Membangunkan Log

Log ini menggunakan fail Microsoft Excel kerana prestasi Excel lebih pantas dalam memproses pengiraan kompleks dan penggunaan MACRO mampu memasukkan atau dikenali menyimpan data dengan lebih pantas dan efisien. Penggunaan Excel ini adalah secara internal dan manual bagi memudahkan staf kaunter menguruskan peminjaman kunci bilik karel dan perbincangan PSZJB.

inovasi 3 dalam 1

Penambahbaik Log yang berfokus satu fungsi peminjaman sebelumnya menjadi kepada 3 fungsi peminjaman iaitu peminjaman bilik karel, bilik perbincangan dan Play Station 5 dalam satu log peminjaman secara manual lebih efisien.

Map Baharu

Pertambahan peta baharu bagi setiap aras dari aras 2 yang mempunyai bilik perbincangan hinggalah ke aras 5 yang mempunyai bilik karel sejumlah 66 buah bilik. Peta ini dapat memudahkan pengguna memilih dan mengetahui kedudukan bilik tersebut dengan mudah.

UTM Open Day