Week of Welcome (WOW)

 

Perpustakaan UTM

Pengenalan 

Seksyen Pengurusan Koleksi dari Jabatan Perpustakaan UTM menganjurkan Program Week of Welcom 2023 pada 24-26 Oktober 2023.

Jawatankuasa Program WOW 2023

Program WOW dilaksanakan yang diketuai Program PSZJB oleh Puan Zalinda Binti Shuratman. Manakala Penasihat Projek ialah Puan Zafarina Binti Dol dan Pengarah Projek ialah Puan Norhafisah Binti Zakaria.

PERSEDIAAN WOW

PROSES MENYIAPKAN TUGASAN

Staf USK bertukus-lumus dan saling bantu-membantu team lain untuk menyiapkan persiapan program WOW dalam masa 2 minggu mengikut tema yang telah dibincangkan oleh team permainan.

Program berlangsung

Program WOW yang berlangsung selama 3 hari mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat baik daripada semua pelajar yang menyertainya.

Terdapat sebanyak 110 unit cenderahati telah disediakan untuk menjadikan tarikan utama kepada pengunjung perpustakaan.

Aktifkan UTMID

Pelajar perlu mengaktifkan akaun perpustakaan di Booth disediakan sebelum menyertai program WOW.

Putarkan Roda Impian

Pelajar perlu memutarkan Roda Impian dan menuju ke permainan mengikut nombor yang dipilih di roada impian agar mereka dapat mencuba dan menyelesaikan arahan permainan tersebut.

Permainan

Terdapat enam aktiviti utama program WOW 2023 iaitu:

  1. How to find me?
  2. Memorize Me
  3. Guess Me
  4. Shelve It!
  5. Challenge Me
  6. Do’s and Don’ts.

Gallery

Para pemenang dan staf USK menjayakan program WOW 2023

Tahniah diucapkan kepada Team USK menjayakan program WOW yang penuh aktiviti permainan yang menarik kepada para pelajar agar pengguna dapat menikmati dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan yang telah disediakan.