SELAMAT DATANG KE GALERIUM UTM

di sini bermula legasi kecemerlangan …

Kejayaan UTM pada hari ini bermula dengan usaha gigih generasi kepimpinan terdahulu. Sejarah telah merakam warna-warni transfomasi, cabaran dan detik-detik kejayaan Universiti seawal penubuhannya sehingga kini. GALERIUM UTM merupakan entiti penting kepada Universiti dalam usaha mengumpul, memelihara dan merekod warisan sejarah Universiti. Variasi artifak Universiti merentasi ilmu teknologi, sains, kejuruteraan dan seni budaya wajar dipelihara dengan komitmen semua pihak untuk manfaat generasi seterusnya. Hubungi kami jika anda memiliki aset Universiti yang tidak digunakan lagi dan sesuai dijadikan sebagai koleksi GALERIUM UTM.

 

BERITA & AKTIVITI

Sesi Perkongsian Pengurusan Bahan Media Universiti.

Sesi Perkongsian Pengurusan Bahan Media Universiti.

3 Julai 2019, Rabu - Selesai sudah satu sesi perkongsian Pengurusan Bahan Media Universiti. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir turut serta dari KL dan Pagoh. Terima kasih diatas kesudian berkongsi info, memberi pendapat. menyatakan kebimbangan dan bertanya...

read more
Foto Pemandangan UTM

Foto Pemandangan UTM

13 Mac 2019, Rabu - Bilik 24 jam baru telah dirasmikan oleh Datuk Naib Canselor dan sedia digunakan oleh para pelajar. Bilik berkapasiti 100 lebih pengguna dalam satu-satu masa merupakan tarikan terbaru Perpustakaan UTM. Sebagai menambah baik kekemasan ruang bilik...

read more
Sudut ‘UTM : Hari Ini Dalam Sejarah’

Sudut ‘UTM : Hari Ini Dalam Sejarah’

11 Dis 2018, Selasa - Penyediaan sudut ‘UTM : Hari Ini Dalam Sejarah’ bermula pada beberapa tiang hitam di luar Galerium UTM dan dirancang akan dilanjutkan ke ruang lain yang berhampiran. Sebagai permulaan, sejumlah 9 foto berkaitan sejarah UTM dipilih kerana impaknya...

read more