07-5610320 ja@utm.my

Pewujudan Jawatan Ketua Pustakawan Punca kuasa lantikan Ketua Pustakawan adalah seperti termaktub dalam Akta 30 AUKU 1971 dimana Ketua Pustakawan adalah di antara 3 jawatan utama yang perlu diwujudkan bersama-sama penubuhan Universiti Teknologi Malaysia.  Jelas akta tersebut mengiktiraf kepentingan Ketua Pustakawan dalam  menerajui sebuah Perpustakaan yang menyediakan sumber ilmu bagi  menyokong aktiviti pembelajaran, pengajaran, penulisan, penyelidikan dan perundingan kepada warga universiti, masyarakat dan komuniti setempat.  Fungsi Ketua Pustakawan Kuasa dan kewajipan Ketua Pustakawan terkini adalah seperti termaktub dalam Statut Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 64, Tambahan No.1, Bahagian II bertarikh 24 Disember 2020.   Ketua Pustakawan Pertama : Puan Hajah Che Sham Binti Haji Mohd Darus (1972 – 1992).  Merupakan Ketua Pustakawan UTM yang pertama dilantik pada 11 November 1972. Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan – Johan Setia Mahkota (J.S.M.)  pada tahun 1987. Beliau berkelulusan Diploma Library Sains (New Zealand) B.A. (Hons) (Malaya)

Ketua Pustakawan Kedua : Cik Rosna Binti Taib (1994 – 2003). Dilantik sebagai Ketua Pustakawan bermula 6 Jun 1994 dan menamatkan  perkhidmatan pada 4 Jun 2003. Berkelayakan B.A. (Hons) (Malaya) dan Diploma Library Sains (New Zealand). Memulakan kerjaya di UTM sebagai Penolong Pustakawan dari tahun 1973 sehingga 1982.  Memegang jawatan Timbalan Ketua Pustakawan dari tahun 1982 sehingga 1994 dan bertanggungjawab membantu Ketua Pustakawan pada masa itu dalam perancangan dua buah bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah di kampus Skudai dan Kuala Lumpur. Beliau memangku jawatan  Ketua Pustakawan pada Oktober 1992 dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pustakawan pada Jun 1994.

Ketua Pustakawan Ketiga : Dr Hajah Kamariah Binti Nor Mohd Desa (2005 – 2017). Berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Sains Perpustakaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kemudiannaya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama di Loughborough University, United Kingdom dan seterusnya doktor falsafah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pada 20 November 2017, beliau menamatkan tugas sebagai Ketua Pustakawan

Ketua Pustakawan Keempat : Puan Noraziah Binti Sharuddin (2018 – 2021). Berkelulusan Sarjana Muda Sains Perpustakaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Sarjana Sains Perpustakaan dari Loughborough University, United Kingdom. Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perpustakaan di UTM pada 1984 dan seterusnya sebagai Ketua di beberapa bahagian. Bertugas sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan pada tahun 2002 serta memangku jawatan Ketua Pustakawan pada November 2017. Beliau dilantik sebagai Ketua Pustakawan mulai Jan 2018 hingga bersara pada 25 Mei 2021.

Ketua Pustakawan Kelima : Puan Nor Asikin Binti Mohamad (2021  – kini). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan & Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM); Ijazah Sarjana  Sains Perpustakaan & Maklumat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (IT) – Perkhidmatan Maklumat dan Perpustakaan, dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Memulakan kerjaya sebagai Pustakawan di UTM pada 1 April 1994 di Unit Bahan Khas, Unit Perolehan Buku (1995-2000), Unit Katalog (2001) dan Unit Perolehan & Penyenggaraan Komputer, Bahagian Pembangunan Automasi (2001-2005). Seterusnya beliau dilantik sebagai Pustakawan Kanan dan bertugas di Unit Perolehan & Penyenggaraan Komputer, Bahagian Pembangunan Automasi (2005-2007). Pada 15 Ogos 2007, Puan Nor Asikin telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pembangunan Automasi dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pustakawan, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah pada 1 Julai 2014. Beliau telah dilantik untuk mengetuai Bahagian Perancangan & Pembangunan pada Februari 2018. Beliau diberi tanggung jawab memangku jawatan Ketua Pustakawan pada 25 Mei 2021 dan dilantik sebagai Ketua Pustakawan mulai 17 Jun 2021.

 

Sumber : Rekod Dalaman Perpustakaan
Kemaskini : 11 Julai 2023
Share this :