Lambang UTM beserta moto “Untuk Tuhan dan Manusia” adalah hasil ilham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid pada tahun 1978. Lambang UTM adalah terdiri daripada dua bentuk asas berwarna emas iaitu sebuah buku terbuka di bahagian atas dan sebuah bulatan di bahagian bawah. Di dalam bulatan ini terdapat bentuk bulan sabit dan juga bentuk kelalang yang berwarna merah pulasan. Semua ini dilingkungi oleh bulatan nama dan cogankata Universiti.
Penguatkuasaan tarikh penggunaan lambang baru UTM dengan cogankata “KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA” adalah pada 14 Mac 1993 iaitu mengambil sempena usia 21 tahun penubuhan UTM. Majlis pelancaran lambang baru ini telah dilancarkan oleh Naib Canselor UTM yang ketiga, Datuk Profesor Dr. Muhammad Ridzuan bin Haji Salleh pada 11 Mac 1993 bertempat di Dewan Sultan Iskandar.