07-5610320 ja@utm.my

Pada 12 Februari 2019, telah berlangsung satu majlis pelancaran UTM-Techs Time Capsule di UTM Kuala Lumpur. Kapsul masa ini menyimpan buku memoir The Techs serta 3 lagi buku atau majalah terbitan di era Maktab Teknik iaitu Annual TECHS, Engineering Journal dan Techs Mirror adalah untuk dapat menjadi tatapan generasi akan datang. Salah satu kandungan kapsul masa ini, iaitu buku memoir bertajuk The Techs – Remembering The Golden Era – Technical College Kuala Lumpur 1940-1970 setebal 280 mukasurat, telah dihasilkan oleh satu kumpulan Special Interest Group atau lebih dikenali sebagai SIG UTM- Senior Techs yang terdiri daripada alumni  Maktab Teknik Kuala Lumpur.

Time Capsule atau Kapsul Masa adalah suatu konsep di mana objek atau bahan-bahan tertentu ditempatkan dalam sebuah bekas untuk disimpan dan dibuka pada masa akan datang. Kapsul ini berfungsi sebagai cara untuk menyimpan kenangan, pengetahuan, atau barang-barang penting bagi generasi masa depan. Biasanya, kapsul masa ditanam di tanah atau disimpan di tempat-tempat tertentu yang kemudian akan dibuka pada tarikh tertentu yang telah ditetapkan. Tujuan utama kapsul masa adalah untuk memberikan pandangan tentang kehidupan di masa lalu bagi generasi mendatang, atau untuk merayakan momen penting dalam sejarah. Kapsul masa menjadi cara yang unik dan menarik untuk menyambungkan hubungan antara masa lalu dan masa depan, serta mengabadikan kenangan dan sejarah bagi generasi yang akan datang.

Satu fakta menarik, sejumlah pelajar muda UTM telah hadir bersama pada majlis tersebut dan kehadiran mereka telah direkodkan dan didaftarkan didalam kumpulan khas Time Capsule 2019-2069 Special Interest Group (SIG). Adalah diharapkan pelajar-pelajar muda ini akan bersama-sama kembali ke UTM semasa pembukaan kapsul masa ini pada tahun 2069 nanti.

Share this :