1984: Awal pembinaan Kediaman pelajar telah menggunakan Nama Kampung seperti Kampung Cengal, Kampung Merbau, Kampung Meranti, Kampung Resak dan Kampung Belian. Nama-nama ini adalah yang berasaskan nama kayu-kayan yang terdapat di Malaysia.
Julai 1996/97: Pihak universiti bersetuju untuk menukar nama kediaman pelajar dari nama Kampung kepada “Kolej Pelajar” berdasarkan nombor, seperti Kolej 1 hingga Kolej 6.
Pada Julai semester 97/98: Nama kolej kemudiannya secara rasmi telah ditukar kepada nama orang-orang kenamaan seperti nama :
-
Kolej 1 kepada Kolej Rahman Putra,
-
Kolej 2 ditukar kepada Kolej Tun Fatimah,
-
Kolej 3 kepada Kolej Tun Razak,
-
Kolej 4 kepada Kolej Tun Hussien Onn ,
-
Kolej 5 ditukar kepada Kolej Tun Dr. Ismail serta
-
Kolej 6 kepada nama Kolej Tuanku Canselor (Kampung 6)