1. Sembang Santai Bangkit Semangat Pelajar Semasa PKPD
2. Yayasan Raja Zarith biayai aktiviti kesarjanaan
https://news.utm.my/ms/2012/11/yayasan-raja-zarith-biayai-aktiviti-kesarjanaan/
3. Mahasiswa UTMKL terima sumbangan makanan Yayasan Raja Zarith Negeri Johor
Mahasiswa UTMKL terima sumbangan makanan Yayasan Raja Zarith Negeri Johor
4. DYMM Raja Zarith Sofiah Lancarkan Buku “Eco-Shift” Karya Dato’ Seri Zaini Ujang
DYMM Raja Zarith Sofiah Lancarkan Buku “Eco-Shift” Karya Dato’ Seri Zaini Ujang
5. DYMM Raja Zarith sertai sesi perkongsian ilmu bersama mahasiswa UTM
DYMM Raja Zarith sertai sesi perkongsian ilmu bersama mahasiswa UTM
6. UTM Alumni Gala Dinner
https://www.utm.my/alumni/project/utm-royal-gala-dinner-2019/
7. Tabung Canselor UTM ‘Because We Care’ berjaya kumpul RM1.7 juta – Raja Zarith Sofiah
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tabung-canselor-utm-because-we-care-berjaya-kumpul-rm17-juta-raja-zarith-sofiah-98914
8. 25 FEBRUARI 2012 – Facebook Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation
PERMAISURI JOHOR HARUMKAN NAMA NEGARA
DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, menjadi Kerabat Diraja pertama dari Malaysia menyampaikan ucapan di Universiti Oxford, United Kingdom sempena Mesyuarat Musim Sejuk Somerville Association.
Baginda Tuanku Permaisuri berkenan menyampaikan ucapan menyentuh topik penting melibatkan umat Islam di Malaysia dan persamaannya dengan komuniti lain di seluruh dunia.
Topik tersebut menjadi pilihan Baginda selepas melihat banyak tanggapan yang salah terhadap umat Islam di media cetak, dan media sosial.
Majlis berkenaan berlangsung pada 25 Februari 2012 di Universiti Oxford, United Kingdom.
Ucapan disampaikan DYMM Permaisuri Johor pada ketika itu nyata menyentuh hati tetamu yang hadir termasuk golongon pendidik dan tenaga pelajar Universiti Oxford serta pelajar dari pelbagai kolej dan institusi sekitar Oxford.
Pada majlis itu, Baginda Tuanku Permaisuri turut berkenan menyertai sesi soal jawab, di mana turut dihadiri rakyat Malaysia serta sebilangan besar Alumni Kolej Somerville.
Hadir sama, seorang daripada tutor Baginda serta seorang rakan yang mengikuti pengajian bahasa Cina bersama-sama Tuanku Permaisuri pada ketika itu.
Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan bekas graduan Universiti Oxford.
#theroyaljohor #royalpressoffice #johor
9. Jangan dilupakan jasa ibu bapa – Raja Zarith Sofiah
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-64, UTM, Johor Bahru. – Foto NSTP/Nurul Amanina Suhaini
JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menasihatkan graduan supaya tidak melupakan jasa ibu bapa yang banyak berkorban dalam memastikan mereka berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Baginda bertitah, graduan perlu sentiasa menghargai, mencurahkan kasih sayang serta memberi perhatian kepada ibu bapa selagi kedua-duanya masih ada.
“Sebagai penghargaan atas segala pengorbanan, didikan, bimbingan, nasihat dan kasih sayang mereka yang tiada penghujung.
“Saya berdoa agar graduan semua akan berjaya mendapatkan pekerjaan yang diidamkan selama ini.
“Bagi graduan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, saya ucapkan semoga maju jaya dan teruskan harapan ibu bapa serta mengejar impian anda sehingga berjaya,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sesi pertama Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-64, di sini hari ini.
Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM turut berharap dalam kegembiraan meraikan kejayaan, graduan tidak melupakan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Masih ramai yang hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana kehilangan pekerjaan, kematian ahli keluarga, juga kerana pelbagai sebab yang lain.
“Saya berharap agar kita semua yang berkemampuan dapat bersama-sama membantu dalam menghulurkan apa-apa jua pertolongan dan sumbangan agar kehidupan golongan yang terjejas ini terbela,” titah baginda.
Terdahulu, majlis konvokesyen turut menyaksikan sesi pengisytiharan Pro-Canselor Universiti yang baharu, iaitu isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 8,956 graduan menerima anugerah masing-masing membabitkan 748 orang menerima Ijazah Doktor Falsafah, 1,915 (Sarjana), 4,326 (Sarjana Muda), 4 (Anumerta), 719 (Diploma Sepenuh Masa) dan 1,248 (Diploma Program Kerjasama UTMSPACE).
Daripada jumlah itu, 812 orang adalah graduan antarabangsa dari 54 negara.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/897763/jangan-dilupakan-jasa-ibu-bapa-raja-zarith-sofiah
10. Selepas tiga tahun tangguh Majlis Konvokesyen, UTM raikan 8,956 graduan
Siti Nur Aqilla Omar Disember 11, 2021 13:32 MYT
Sesi kali ini dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana hanya graduan dibenarkan masuk untuk sesi konvokesyen. – Foto RPO
JOHOR BAHRU: Selepas tiga tahun terpaksa menangguhkan sesi Majlis Konvokesyen akibat pendemik COVID-19, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-64 (MK64) dengan meraikan 8,956 graduan.
Majlis turut mengisytiharkan Pro-Canselor Universiti yang baharu, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
MK64 berlangsung bermula hari ini hingga 18 Disember depan, yang disempurnakan Canselor UTM yang juga Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru.
Raja Zarith Sofiah dalam titah ucapan baginda, mengingatkan para graduan disamping meraikan hari yang cukup bermakna ini, tidak melupakan mereka yang terkesan akibat COVID-19.
“Dalam kegembiraan kita meraikan kejayaan pada hari ini, janganlah dilupakan mereka di luar sana yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.
“Masih ramai yang hidup dalam keadaan serba kekurangan kerana kehilangan pekerjaan, kematian ahli keluarga dan juga pelbagai sebab yang lain.
“Saya berharap kita semua yang berkemampuan dapat bersama-sama membantu dalam menghulurkan apa-apa jua pertolongan dan sumbangan kepada mereka,” titah baginda.
Baginda juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan, serta penjawat awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membendung penularan wabak COVID-19.
“Jangan kita lupa juga jasa-jasa pekerja pembersihan di hospital-hospital dan tempat-tempat awam.
“Ucapan ribuan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor, Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan saya iaitu Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, NGO, pertubuhan kebajikan masyarakat dan pihak swasta serta negara jiran yang banyak menghulurkan bantuan sama ada dari segi kewangan, peralatan kesihatan dan lain-lain lagi,” titah baginda lagi.
Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, sesi kali ini dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana hanya graduan dibenarkan masuk untuk sesi konvokesyen menggunakan kenderaan bas ulang-alik yang disediakan oleh universiti.
Katanya tiada perarakan graduan masuk ke dewan kerana setiap graduan perlu menjalankan sesi saringan kesihatan sendiri seperti bacaan suhu dan sanitasi tangan sebelum terus masuk ke tempat duduk masing-masing seperti yang ditetapkan melalui sistem UTM i-Convo.
“UTM telah melahirkan seramai 206,301 graduan dengan 9,005 adalah graduan antarabangsa daripada lebih 70 buah negara.
“Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2021, kadar kebolehpasaran graduan (GE) UTM 2020 ialah 91.5%, iaitu antara yang tertinggi dalam kalangan Universiti Awam (UA) Malaysia; melebihi peratus (%) purata GE UA iaitu pada 84.4%. Ini membuktikan bahawa UTM berjaya menghasilkan graduan yang berkualiti yang menjadi rebutan industri di pasaran.
“Graduan UTM merupakan penyambung perjuangan mengangkat martabat UTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang telah membentuk jiwa dan raga dengan kepakaran teknologi dan nilai-nilai insani,”katanya.
Majlis Konvokesyen kali ini diadakan dalam 13 sesi, penganugerahan Ijazah diberikan kepada 748 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (1915), Ijazah Sarjana Muda (4326) dan Diploma (1967).
Daripada jumlah itu, seramai 812 orang graduan antarabangsa dari 54 buah negara turut dianugerahkan ijazah, Nigeria, Iran dan Pakistan merupakan tiga negara dengan bilangan graduan tertinggi.
Penerima Anugerah Diraja, Yap Sin Yee adalah merupakan Felo Perdana 2021 Perdana Menteri dan turut telah menerima tawaran untuk menyambung PhD dalam penyelidikan berkaitan machine learning for neuroimaging di University of Cambridge untuk sesi pengajian pada Oktober 2022.
Lebih manis, MK64 ini juga menyaksikan kejayaan luar biasa graduan warga emas iaitu Dr Abdul Rahim Ramli yang menamatkan pengajian pada usia 70 tahun dalam program Doktor Falsafah (Perancangan Bandar dan Wilayah).
Selain graduan adik-beradik, Dr Sarah Athirah Saruchi dan Dr Sarah ‘Atifah serta pasangan ibu dan anak, Dr Yasmin Hanafi Zaid bersama anaknya, Yazlin Izzati Yaakop.
12. Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah – Permaisuri Johor berbuka puasa bersama warga UTM di Masjid Sultan Ismail, UTM #menjunjungkasih
13. Permaisuri Johor berangkat ke Majlis Santapan Diraja UTM
PUTRAJAYA, 6 Okt 2019 — Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dianjurkan untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar.
Pada Majlis Santapan tersebut, hampir RM1.5 juta berjaya dikumpul melalui penjualan 44 buah meja hasil inisiatif UTM CARES yang akan disalurkan kepada pelbagai tabung kebajikan pelajar di UTM seperti Tabung Endowmen, tabung Wakaf Pendidikan dan tabung ‘Because We Care Chancellor’s Fund’.
Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM dalam ucapan perasmiannya bertitah melalui sumbangan tersebut pelbagai aktiviti dapat dilakukan pelajar tanpa bimbang akan beban kos kewangan.
“Ini seterusnya dapat merancakkan industri pendidikan dan penyelidikan di negara ini,” titah baginda.
Sementara itu, Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata ketika ini UTM mempunyai kira-kira 50 peratus pelajar yang datang daripada keluarga B40.
“UTM mempunyai ratusan cerita mengenai kesempitan kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan mereka amat memerlukan sokongan terutamanya kewangan,” katanya.
Wahid berkata adalah penting sumber dana UTM Cares sentiasa lestari dalam menyokong usaha UTM menyebarluaskan ilmu pengetahuan, memartabatkan budaya ilmu serta mendidik generasi yang bakal menjadi pemimpin masa depan.
“Kami menyasarkan dana UTM Cares mencecah RM500 juta menjelang 2025, bagi memastikan kelestarian usaha membantu pelajar,” katanya.
–BERNAMA
13. Permaisuri Johor cadang UTM anjur pertandingan kurangan tekanan PKPD
Mary Victoria Dass am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Demi mengurangkan tekanan serta mewujudkan suasana lebih ceria, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencadangkan beberapa pertandingan persahabatan bagi warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Baginda yang juga canselor UTM bertitah, ia sebagai usaha mengurangkan tekanan penghuni di kampus Skudai itu yang menjalani tempoh kuarantin serta memulakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu sehingga 3 Jun ini.
“Saya memahami penuntut dan kakitangan sangat tertekan. Selain bantuan barangan keperluan yang lazim untuk mereka, saya berasa beberapa aktiviti pertandingan persahabatan akan dapat membawa sedikit keceriaan kepada mereka di kampus.
“Antara aktiviti yang dicadangkan termasuk pertandingan seni lukis, penulisan puisi serta penghasilan video ringkas yang akan dianjurkan UTM bersama yayasan saya (Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor) dalam masa terdekat,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO) menerusi Facebook (FB) semalam.
Baginda bertitah demikian selepas menghadiri mesyuarat khas secara maya di Istana Bukit Serene di sini, bersama penuntut dan kakitangan UTM Skudai bagi mendapatkan maklum balas berkenaan kebajikan penghuni di kampus itu.
Baginda bertitah, semua pihak diingatkan supaya terus berjaga-jaga dan berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Dengan peningkatan kes yang mendadak serta kemunculan varian virus ini yang lebih serius harus ditekankan kepada semua pihak untuk bersama bertanggungjawab memainkan peranan dalam memutuskan rangkaian jangkitan.
“Tiada guna kita menyalahkan sesiapa tetapi alpa dalam pematuhan SOP. Hanya sikap berdisiplin dan berjaga-jaga yang berterusan akan meningkatkan peluang kita menurunkan bilangan pesakit dalam jangka masa panjang,” titahnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/708621/permaisuri-johor-cadang-utm-anjur-pertandingan-kurangan-tekanan-pkpd
14. UTM perlu tingkatkan pembelajaran bidang teknologi: Permaisuri Johor
BERAMAH MESRA: Raja Zarith Sofiah (tengah) beramah mesra bersama peserta yang hadir sebelum berangkat pulang selepas merasmikan ‘11th Language For Specific Purposes Conference’ dan ‘10th Global Advance Business Communication Conference 2018’ di Senai, semalam. — Gambar Bernama
KULAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu mengambil kesempatan dalam memperkenalkan dan meningkatkan lagi pembelajaran berkaitan bidang teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah perkara itu penting bagi memastikan negara terutamanya negeri Johor dapat bertahan dan bersaing dalam Revolusi Industri Keempat (IR4).
“Sekiranya kita mahu berjaya dalam perubahan digital dan dunia keterhubungan ini, kita perlu meraih segala peluang mempelajari ilmu teknologi ini. Ini kerana terdapat keperluan mendesak dalam mengintegrasikan bidang teknologi pada peringkat pengajian tinggi bagi menyokong persekitaran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
“Pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 merangkumi pelbagai perkara antaranya cara pemikiran, pekerjaan dan gaya hidup pada masa ini,” titah baginda yang merupakan Canselor UTM pada perasmian Persidangan Antarabangsa ‘Language For Specific Purposes’ kali ke-11 dan Persidangan ‘Global Advances in Business Communication’ kali ke-10 (LSP-GABC) 2018, di sini, semalam.
Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa cara bekerja pada zaman ini juga perlu menekankan kreativiti, inovasi, pemikiran kritikal, daya menyelesaikan masalah serta pengambilan keputusan efektif.
Baginda turut bertitah, kemahiran berkomunikasi amat penting terutamanya kemahiran interpersonal dalam bidang pekerjaan pada hari ini.
“Kita seharusnya lebih mahir berkomunikasi di dunia nyata dan bukannya di alam maya semata-mata. Kemahiran insaniah amat penting dalam perbualan terutamanya ketika menyampaikan maklumat secara efektif dan efisien,” titah baginda.
Menurut Raja Zarith Sofiah, seiring dengan perubahan alat komunikasi pada hari ini, etika komunikasi tetap harus dijaga dan dipelihara selain semua pihak harus bijak menentukan bentuk komunikasi yang sesuai digunakan di tempat kerja, atau di luar sama ada secara formal dan tidak formal.
Sementara itu, persidangan tiga hari berkenaan bertujuan menyediakan landasan bagi ahli akademik, para pendidik, ahli teknokrat, ahli bahasa, penyelidik, pentadbir, usahawan, pengamal media dan pelajar institusi pengajian tinggi berbincang serta bertukar pendapat mengenai bidang komunikasi di Malaysia dan negara luar.
Seramai 92 pembentang kertas kerja dan 38 peserta menyertainya termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Mexico, Jepun, Indonesia, India, Arab Saudi, Belgium, Kanada, New Zealand serta Nigeria. — Bernama