07-5610320 ja@utm.my

Ditubuhkan pada 27 Disember 1973 dengan nama Bahagian Kerja dan Pembangunan. Apabila Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dinaiktaraf kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975, namanya ditukar kepada Pejabat Pengarah Kerja dan Pembangunan. Pada tahun 1977, ia dikenali pula sebagai Pejabat Pengarah Kerja yang mempunyai dua fungsi utama iaitu mengendalikan projek pembangunan dan penyenggaraan.

Mulai 1 April 2000, perubahan struktur berlaku menyebabkan Pejabat Pengarah Kerja dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Harta dan Bahagian Pembinaan yang diketuai oleh seorang Pengarah setiap satunya, Pada 15 Oktober 2008, pejabat ini yang  menggunakan nama Pejabat Harta Bina, telah mengabungkan kedua-dua bahagian dan diterajui oleh seorang Pengarah Kerja iaitu Prof. Ir, Dr. Wahid bin Omar. Empat bahagian utama serta satu unit baharu telah diwujudkan iaitu Bahagian Pembangunan, Bahagian Penyenggaraan dan Ubah Suai, Bahagian Perkhidmatan Aset, Bahagian Kontrak serta Unit Pentadbiran.

Pada 1 September 2019, Pejabat Harta Bina dinaik taraf kepada Jabatan Harta Bina  (JHB), diketuai oleh seorang Pengarah dan dua Tmbalan Pengarah. Ia terdiri dari enam bahagian iaitu, bahagian Kontrak dan Perolehan, Bahagian Awam, Bahagian Mekanikal, Bahagian Elektrik, Bahagian Seni BIna dan Bahagian Landskap dan Pembersihan.

Senarai Pengarah 

1. Tuan Haji Hamzah bin Mahmod (1975 – 1982)
2. Encik Mohd. Hashim bin Mohd. Nor (memangku Pengarah Kerja sementara sehingga Julai 1982)
3. Ir. Abdahir bin Abd. Majid (1982 – 1983)
4. Encik Mohamed @ Abd. Rashid bin Othman (1983 – 1984)
5. Ir. Abdul Kadir bin Awang Hamat (1984 – 1990)
6. Tan Sri Datuk Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri  Mohd.  Ghazali (1990 – 1993)
7. Puan Siti Rokiah binti Haji Abdul Manaf (1993 – 1994)
8. Ir. Anton Sebastian (memangku sebagai Pengarah Kerja sementara sehingga Disember 1994)
9. Tuan Haji Azinuddin bin Ressang (1995 – 2000)
10. Tuan Haji Zulkarnain bin Mohd Shah (Pengarah Bahagian Harta 2000 – 2008)
11. Sr. Hajah Rohayah binti Yusoff (Pengarah Bahagian Pembinaan 2000 – 2008)
12. Prof. Ir. Datuk Dr. Wahid bin Omar (2008 – 2012)
13. Prof. Ts. Dr. Abd. Latif bin Saleh (2012 – 2017)
14. Prof. Dr. Roslan bin Amirudin (2017 – 2020)
15. Encik Abdol Fattah bin Abu Bakar (2020 – Mac 2020)
16. Sr. Azliza binti Abu Bakar (Mac 2020 – )

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 2 Tahun 2022 bertarikh 24 Januari 2022 telah bersetuju meluluskan cadangan penstrukturan semula Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang melibatkan Jabatan Harta Bina (JHB) ke arah penubuhan Bahagian Pengurusan Aset (BPA). JHB akan distrukturkan semula kepada Seksyen Pengurusan Fasiliti dan Seksyen Perkhidmatan Teknikal dan Penyenggaraan di bawah BPA mengikut fungsi Polisi Pengurusan Aset Tak Alih (PPATA). Penstrukturan ini adalah berkuat kuasa pada 1 Februari 2022 dan disiarkan melalui Pekeliling Pentadbiran Bil.9/2022. Kini, JHB dikenali dengan nama Seksyen Pengurusan Projek dan Penyenggaraan (SPP).

 

Sumber : Buku - Menelusiri Lima Dekad Pembangunan UTM (1972-2022)
         Pekeliling Pentadbiran Bl. 9/2022
Kemaskini : 13 Julai 2023

 

 

 

 

 

Share this :