07-5610320 mhazim@utm.my

Ditubuhkan pada tahun 1995, Pusat Ekuin UTM merupakan perintis dalam kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyediakan kemudahan dan latihan sukan ekuestrian secara komprehensif. Pusat ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Iskandar, ketika itu Tunku Mahkota Johor, pada 14 Ogos 1996. Penubuhannya mencerminkan komitmen UTM untuk memperluas skop pendidikan kepada bidang-bidang yang menyokong pembangunan holistik pelajar.

Pusat Ekuin UTM pada tahun 1998

Matlamat utama penubuhan Pusat Ekuin adalah untuk memperkenalkan dan mempopularkan sukan ekuestrian dalam kalangan masyarakat umum, khususnya warga kampus. Ia menjadikan aktiviti berkuda bukan hanya sebagai hobi atau riadah, malah sebagai salah satu mata pelajaran kokurikulum rasmi. Usaha ini selari dengan aspirasi UTM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga seimbang dari segi sosial dan kemahiran insaniah.
Sumber : Teks ucapan Naib Canselor UTM, Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus di Majlis Perasmian Pusat Ekuin pada 14 Ogos 1996 di Pusat Ekuin UTM Skudai. Call. No.: SF294.2 45 1996 af. Open Shelf Collection | UTM Special Collection

Datuk Dr. Ahmad Zaharudin bin Idrus (kanan), Naib Canselor UTM menunggang kuda
pada tahun 1996 bersama Prof. Madya Tamjes bin Kastiran

Sumber : Majlis Perasmian Pusat Ekuin Universiti Teknologi Malaysia oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor, 14 0gos 1996. Call no.: FTG 733 ra. Shelving location: UTM Special Collection.

Sumber : Majlis Perasmian Pusat Ekuin Universiti Teknologi Malaysia oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor, 14 0gos 1996. Call no.: FTG 733.31 ra. Shelving location: UTM Special Collection.

Antara sumbangan penting Pusat Ekuin UTM adalah dalam membentuk kemahiran dan kepakaran berkaitan sukan ekuestrian, termasuk dalam aspek merekabentuk gelanggang ekuestrian secara profesional. Perkembangan Pusat Ekuin UTM semakin menyerlah apabila UTM dengan kerjasama Hartpury College menubuhkan Akademi Ekuin pada tahun 2012, serta menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Ekuin di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik mulai sesi 2014/2015, menjadikan UTM universiti awam pertama di Malaysia yang menawarkan program akademik dalam bidang ini.

Pusat Ekuin UTM pada tahun 2002

Sumber : Pusat Ekuin UTM: Gambar Diambil Pada Tahun 2022. Call no.: FTG 1159.01-1159.19 ra. Shelving location: UTM Special Collection.

Hari ini, Pusat Ekuin UTM bukan sahaja menjadi pusat latihan dan rekreasi, malah menjadi lokasi penganjuran acara bertaraf antarabangsa serta destinasi eko-pelancongan dan pendidikan yang unik di selatan tanah air. Terkini pada 24 Jun 2025, Program Riding for Disable (RDA) Johor telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang berlangsung di Pusat Ekuin UTM. Melalui program ini, pelajar Sekolah Pendidikan Khas dan pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dapat merasai pengalaman sendiri terapi berkuda, satu kaedah intervensi yang menyeronokkan serta bermanfaat dalam aspek fizikal, emosi dan sosial.

Sekitar Program Riding for Disable (RDA) Johor

Sumber: Facebook UTM, Centre for Corporate Communications: https://www.facebook.com/media/set?vanity=UTMCorporateComms&set=a.1418257163019910

Bibliografi:

  1. Ahmad Zaharudin, A. Z. (1996, August 14). Teks ucapan di Majlis Perasmian Pusat Ekuin. Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Universiti Teknologi Malaysia. (2015). Seiring mengukir kegemilangan: 30 tahun UTM di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
  3. Universiti Teknologi Malaysia. (2013). UTM Equine Centre was established in 1995 and inaugurated by His Highness Tunku. UTM Chancellery. https://chancellery.utm.my/social-media/blog/utm-equine-centre-was-established-in-1995-and-inaugurated-by-his-highness-tunku/
  4. Universiti Teknologi Malaysia. (2025). UTM Equine Centre photo album [Photos]. Facebook. https://www.facebook.com/media/set?vanity=UTMCorporateComms&set=a.1418257163019910
Share this :