6 Oktober 2024, Ahad β Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) telah melaksanakan sesi libat urus bersama Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU). Sesi ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Fakutli Alam Bina dan Ukur pada jam 2.30 petang. Sesi ini telah diketuai oleh Puan Khairulbahiyah Yaakub, Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan) dan turut disertai oleh Puan Nor Asikin Mohamad, Ketua Pustakawan; Puan Haslina Nasir, Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan dan Pembangunan); Puan Syahranah Ahmad Raqi, Ketua Seksyen Galeri; Puan Zafarina Dol, Ketua Sekysen Pengurusan Koleksi; Puan Norsyuhada Shafie, Penyelaras Seksyen Penyelidikan dan Puan Nur Nazurah Nordin, Pustakawan, Unit Promosi. Β Turut hadir sama YBrs. Prof. Sr. Dr. Kherun Nita binti Ali, Dekan FABU, juga hadir bersama Timbalan Dekan, Pengarah Program, dan wakil JKTS FABU.
Agenda sesi libat urusΒ ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan serta mendapatkan maklum balas berhubung kemudahan dan tahap penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh JPUTM. Sesi libat urus ini juga dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara JPUTM dan FABU malah dalam masa yang turut membincangkan dan mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan.
Menerusi sesi yang dijalankan ini, diharapkan sinergi antara kedua-dua pihak dapat diperkukuhkan, seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan perpustakaan. Usaha ini bertujuan untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada warga FABU, selaras dengan keperluan dan harapan mereka.