{"id":28439,"date":"2025-12-24T18:35:18","date_gmt":"2025-12-24T10:35:18","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=28439"},"modified":"2025-12-24T18:35:18","modified_gmt":"2025-12-24T10:35:18","slug":"kursus-pembangunan-chatbot-ai-jabatan-perpustakaan-utm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2025\/12\/24\/kursus-pembangunan-chatbot-ai-jabatan-perpustakaan-utm\/","title":{"rendered":"Kursus Pembangunan Chatbot AI Jabatan Perpustakaan UTM"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\">Pada 22 Disember 2025 Isnin yang lalu, Kursus Pembangunan Chatbot AI telah diadakan secara atas talian bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam mengenai konsep, teknologi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) khususnya dalam pembangunan <em>chatbot<\/em> bagi menyokong perkhidmatan digital organisasi. Kursus ini dirangka untuk membantu peserta memahami asas AI sebagai sistem yang mampu meniru keupayaan manusia dalam berfikir, belajar, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, serta peranan kritikal data dalam menentukan kualiti dan ketepatan <em>output<\/em> yang dihasilkan oleh sistem AI.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-28442\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-10.50.14.jpeg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"265\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-10.50.14.jpeg 600w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2025\/12\/WhatsApp-Image-2025-12-22-at-10.50.14-480x212.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) 600px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Peserta telah didedahkan kepada konsep teras seperti kepentingan penyediaan data yang berkualiti, kefahaman terhadap model AI dan perbezaan tahap keupayaan model, serta penggunaan token AI sebagai unit asas dalam pemprosesan dan penjanaan bahasa. Kursus ini turut menekankan pendekatan <em>Retrieval-Augmented Generation<\/em> (RAG) yang membolehkan <em>chatbot<\/em> memberikan respon yang lebih tepat, relevan dan terkawal berdasarkan sumber data dalaman organisasi seperti dokumen, laman web dan teks rujukan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Melalui sesi teori dan demonstrasi praktikal, peserta akan dibimbing secara langkah demi langkah dalam membangunkan chatbot asas menggunakan platform Botpress. Antara aspek yang diterapkan termasuk penyediaan profil pengguna, penciptaan dan konfigurasi <em>chatbot<\/em>, pengurusan knowledge base, penetapan arahan respons (<em>prompt<\/em>), pemilihan model AI yang sesuai, serta proses penerbitan <em>chatbot<\/em>. Peserta juga mempelajari kaedah mengintegrasikan <em>chatbot<\/em> ke laman sesawang bagi membolehkan ia digunakan secara langsung oleh pengguna.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-28443\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2025\/12\/Picture1-1-1.png\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"331\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2025\/12\/Picture1-1-1.png 600w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2025\/12\/Picture1-1-1-480x265.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) 600px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Selain itu, kursus ini turut membincangkan aplikasi sebenar <em>chatbot<\/em> dalam persekitaran perkhidmatan seperti perpustakaan, termasuk penyediaan bantuan segera 24\/7, panduan penggunaan perkhidmatan, sokongan operasi, komunikasi pengguna dan pengumpulan data bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan. Secara keseluruhan, kursus ini bertujuan meningkatkan literasi AI, kemahiran automasi digital serta keupayaan organisasi dalam membangunkan dan mengurus sistem <em>chatbot<\/em> yang berkesan, mampan dan berorientasikan pengguna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada 22 Disember 2025 Isnin yang lalu, Kursus Pembangunan Chatbot AI telah diadakan secara atas talian bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam mengenai konsep, teknologi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) khususnya dalam pembangunan chatbot bagi menyokong perkhidmatan digital organisasi. Kursus ini dirangka untuk membantu peserta memahami asas AI sebagai sistem yang mampu meniru keupayaan manusia dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":28441,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[706,13,591],"tags":[1488],"class_list":["post-28439","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-course","category-latest-stories","category-utm-johor-bahru","tag-kursus-pembangunan-chatbot-ai"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28439","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28439"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28439\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28449,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28439\/revisions\/28449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28441"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}