{"id":29173,"date":"2026-04-23T17:42:22","date_gmt":"2026-04-23T09:42:22","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=29173"},"modified":"2026-04-23T17:42:22","modified_gmt":"2026-04-23T09:42:22","slug":"jejak-karbon-sebagai-adab-di-kampus-dari-kesedaran-ke-amalan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/04\/23\/jejak-karbon-sebagai-adab-di-kampus-dari-kesedaran-ke-amalan\/","title":{"rendered":"Jejak Karbon sebagai Adab di Kampus: Dari Kesedaran ke Amalan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\">Program Adab Intelektual: Library On Air @KSJ: Sembang Siswa Siri 1\/2026 telah diadakan pada Kuala Lumpur, 14 April 2026 merupakan inisiatif murni anjuran Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Kolej Siswa Jaya (KSJ) serta Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM). Program ini menampilkan perbincangan santai namun sarat dengan pengisian bermakna mengenai isu semasa berkaitan kelestarian, yang diperkasakan lagi menerusi penglibatan aktif pelajar sebagai suara utama kampus, khususnya dalam membincangkan isu adab dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.<\/p>\n<p>Sesi ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh moderator, Muhammad Farkhin Bin Abd Baser, pelajar daripada Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI). Bersama dua orang panel jemputan, Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul bin Sarip selaku Timbalan Pengarah, Pusat Pelestarian Kampus, UTMKL dan wakil pelajar Naufal Al-Harith Bin Muhammad Fiso dari Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI).<\/p>\n<p>Menerusi kupasan isu yang mendalam sepanjang sesi panel berlangsung, topik jejak karbon tidak hanya dilihat dari sudut teknikal semata-mata, malah diangkat sebagai sebahagian daripada elemen adab dan pembentukan sahsiah peribadi pelajar. Pendekatan ini memberikan perspektif baharu bahawa menjaga alam sekitar adalah cerminan kepada kualiti diri individu tersebut.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29178\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672685761_1410564697780331_2103996172113651230_n-1024x768.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"768\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672685761_1410564697780331_2103996172113651230_n-980x735.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672685761_1410564697780331_2103996172113651230_n-480x360.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p>Dalam menghuraikan persoalan mengenai jejak karbon, Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul bin Sarip atau lebih mesra dengan sapaan Dr. Ujang, menekankan bahawa setiap aktiviti harian, bermula daripada penggunaan tenaga elektrik, pilihan mod pengangkutan, hinggalah kepada pengurusan sisa makanan, sebenarnya memberikan impak yang besar terhadap ekosistem. Beliau mengangkat isu ini dengan mengaitkannya dengan konsep adab, di mana usaha memelihara alam sekitar dianggap sebagai manifestasi nilai diri serta cara manusia menghargai nikmat yang telah dikurniakan oleh Tuhan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29177\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672665246_1410565241113610_7306865067124609781_n-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672665246_1410565241113610_7306865067124609781_n-980x653.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672665246_1410565241113610_7306865067124609781_n-480x320.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p>Budaya di Kolej Siswa Jaya (KSJ) menjadi contoh praktikal bagaimana nilai adab ini diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Inisiatif seperti pengurangan penggunaan plastik sekali guna, ketiadaan penyedut minuman di premis makanan, serta kesedaran mahasiswa untuk membawa bekas sendiri menunjukkan bahawa perubahan bermakna tidak semestinya bermula dengan langkah yang drastik. Sebaliknya, ia memadai dengan tindakan kecil yang dilakukan secara konsisten sehingga menjadi satu pembiasaan budaya dalam komuniti kolej.<\/p>\n<p>Selain itu, Dr. Ujang turut menyarankan amalan mudah seperti berjalan kaki dari kolej kediaman ke kampus utama sebagai salah satu cara mengurangkan pelepasan karbon. Selain memberikan manfaat kepada alam sekitar, tindakan ini juga mampu memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap persekitaran kerja serta tempat tinggal. Dalam konteks ini, perubahan gaya hidup tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang membebankan, tetapi dilihat sebagai rutin harian yang beretika.<\/p>\n<p>Dari perspektif pelajar pula, saudara Naufal mengakui bahawa walaupun tahap kesedaran dalam kalangan warga kampus semakin meningkat, namun cabaran utama masih terletak pada aspek konsistensi tindakan. Isu seperti penggunaan penghawa dingin yang berlebihan serta kebergantungan kepada budaya pesanan makanan secara penghantaran menunjukkan masih wujud jurang antara pengetahuan dan amalan. Bagaimanapun, beliau tetap optimis bahawa langkah praktikal seperti mengurangkan pembaziran dan lebih peka terhadap penggunaan tenaga mampu menjadi titik permulaan kepada transformasi yang lebih besar.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29176\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672424070_1410565281113606_4909155319137584521_n-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672424070_1410565281113606_4909155319137584521_n-980x653.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/672424070_1410565281113606_4909155319137584521_n-480x320.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p>Kehadiran seramai kira-kira 120 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Kolej Siswa Jaya dan warga kerja memberikan gambaran jelas mengenai minat tinggi komuniti kampus terhadap isu kelestarian. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta memberikan tumpuan sepenuhnya dan menunjukkan penglibatan yang proaktif menerusi sesi soal jawab. Suasana dewan yang interaktif membuktikan bahawa topik pembangunan mampan bukan lagi dianggap sebagai isu akademik yang berat, sebaliknya telah mula diterima sebagai agenda gaya hidup masa kini.<\/p>\n<p>Sebagai kesimpulan, perbincangan ini membawa satu mesej penting bahawa agenda kelestarian bukan sekadar matlamat global yang digariskan dalam SDG, tetapi ia bermula daripada akar umbi iaitu peribadi setiap individu. Di kampus seperti KSJ, pelajar bukan sekadar penerima ilmu, malah mereka berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan tersebut, sebagaimana yang ditegaskan dalam sesi ini, haruslah bermula dengan satu elemen teras yang sering terlepas pandang iaitu adab terhadap alam sekitar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program Adab Intelektual: Library On Air @KSJ: Sembang Siswa Siri 1\/2026 telah diadakan pada Kuala Lumpur, 14 April 2026 merupakan inisiatif murni anjuran Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Kolej Siswa Jaya (KSJ) serta Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM). Program ini menampilkan perbincangan santai namun sarat dengan pengisian bermakna mengenai isu semasa berkaitan kelestarian, yang diperkasakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":129,"featured_media":29175,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[13,19,224],"tags":[1577,1575,1574,1578,1576],"class_list":["post-29173","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-latest-stories","category-library-event","category-utm-kuala-lumpur","tag-budaya-kampus-hijau","tag-dari-kesedaran-ke-amalan","tag-jejak-karbon-sebagai-adab-di-kampus","tag-pelestarian-kampus","tag-pembangunan-mampan-sdg"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29173","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/129"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29173"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29173\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29192,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29173\/revisions\/29192"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}