{"id":29274,"date":"2026-05-07T11:29:03","date_gmt":"2026-05-07T03:29:03","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=29274"},"modified":"2026-05-07T11:29:03","modified_gmt":"2026-05-07T03:29:03","slug":"program-baca-santai-siri-4-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/05\/07\/program-baca-santai-siri-4-2026\/","title":{"rendered":"Program : Baca &amp; Santai Siri 4\/2026"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program Baca &amp; Santai Siri 4\/2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan menampilkan sesi perkongsian ilmu berfokuskan novel sejarah <em>Sirat Figura<\/em>. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan. Sesi ini dikendalikan oleh moderator, Nozizulawati binti Sulaiman, yang memulakan program dengan ucapan alu-aluan serta memperkenalkan objektif utama program iaitu membincangkan proses penulisan dan nilai yang terkandung dalam karya tersebut.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29281\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02120-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02120-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02120-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program ini menampilkan dua tokoh jemputan iaitu penulis novel <em>Sirat Figura<\/em>, Wahyu Budiwa Rendra bin A. Wahid, serta Puan Azura Muhammad Khalid, pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Dalam sesi pengenalan, moderator telah menghuraikan latar belakang penulis yang berpengalaman luas dalam pelbagai genre penulisan seperti cerpen, puisi, novel dan drama, serta pencapaiannya yang meraih pelbagai anugerah sastera di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sesi utama dimulakan dengan perkongsian oleh Saudara Rendra mengenai latar belakang penghasilan novel <em>Sirat Figura<\/em>. Beliau menjelaskan bahawa karya tersebut merupakan hasil penyertaan dalam Sayembara Penulisan Novel Sejarah Johor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor. Tujuan sayembara tersebut adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan sejarah negeri Johor melalui penulisan kreatif tanpa menjejaskan fakta sejarah sebenar.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29282\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02128-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02128-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02128-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Menurut beliau, proses penulisan novel sejarah memerlukan kajian yang mendalam melalui pelbagai sumber rujukan seperti hikayat dan buku sejarah. Antara sumber utama yang digunakan termasuk <em>Hikayat Patani<\/em>, <em>Sejarah Kerajaan Melayu Patani<\/em> serta rujukan berkaitan sejarah Johor. Selain itu, beliau turut mendapatkan pandangan pakar sejarah bagi memastikan ketepatan fakta dan keselarasan watak dalam penceritaan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam sesi tersebut, beliau turut menjelaskan cabaran utama dalam penulisan novel sejarah iaitu memilih peristiwa yang mempunyai konflik dan mampu menarik minat pembaca. Novel <em>Sirat Figura<\/em> mengangkat latar hubungan antara Kerajaan Johor dan Kerajaan Patani, dengan menampilkan elemen konflik, politik serta emosi yang menjadikan penceritaan lebih hidup dan tidak membosankan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29283\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02134-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02134-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02134-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Seterusnya, Puan Azura Muhammad Khalid berkongsi pandangan beliau sebagai pembaca dan pengkritik sastera. Beliau menyatakan bahawa walaupun novel sejarah sering dianggap berat, karya ini berjaya disampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami. Menurut beliau, kekuatan novel ini terletak pada plot penceritaan yang menarik serta keupayaan penulis menggabungkan fakta sejarah dengan elemen kreatif yang memikat pembaca untuk terus mengikuti jalan cerita.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29284\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02139-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02139-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02139-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Beliau turut menekankan bahawa novel ini bukan sahaja menghiburkan, malah mampu memperkukuh jati diri pembaca melalui penghayatan sejarah. Selain itu, penggunaan bahasa klasik dan istilah lama dalam novel turut menambah nilai estetika serta membantu menggambarkan suasana zaman tersebut dengan lebih autentik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Perbincangan juga menyentuh aspek kerelevanan novel sejarah dalam konteks masa kini. Walaupun berlatarbelakangkan zaman lampau, isu yang diketengahkan seperti konflik, hubungan manusia dan kepimpinan masih relevan dengan kehidupan masyarakat hari ini. Watak-watak dalam novel juga dilihat mempunyai nilai simbolik yang menggambarkan aspek kepimpinan, rakyat dan cabaran luar dalam sesebuah negara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29285\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02145-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02145-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02145-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Selain itu, Saudara Rendra turut berkongsi teknik penulisan yang digunakan termasuk penggunaan bahasa klasik, pembacaan karya hikayat serta penciptaan elemen kreatif seperti mantra bagi menghidupkan watak dan suasana cerita. Pendekatan ini membantu memberikan pengalaman pembacaan yang lebih mendalam dan menarik.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29287\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02194-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02194-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02194-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29288\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02196-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02196-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02196-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29289\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02199-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02199-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02199-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya sebagai platform perkongsian ilmu yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses penulisan novel sejarah serta kepentingan karya sastera dalam membentuk jati diri masyarakat. Program ini juga memberi inspirasi kepada peserta untuk menghargai sejarah dan melihat sastera sebagai medium penting dalam pembangunan pemikiran dan identiti bangsa.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29290\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02200-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02200-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/DSC02200-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program Baca &amp; Santai Siri 4\/2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan menampilkan sesi perkongsian ilmu berfokuskan novel sejarah Sirat Figura. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan. Sesi ini dikendalikan oleh moderator, Nozizulawati binti Sulaiman, yang memulakan program dengan ucapan alu-aluan serta memperkenalkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":233,"featured_media":29276,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[595,13,1512,591],"tags":[642,1602],"class_list":["post-29274","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-book-talk","category-latest-stories","category-read-relax","category-utm-johor-bahru","tag-dewan-bahasa-dan-pustaka-wilayah-selatan","tag-program-baca-santai-siri-4-2026"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29274","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/233"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29274"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29274\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29280,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29274\/revisions\/29280"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29276"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29274"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29274"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29274"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}