{"id":29344,"date":"2026-05-07T12:51:35","date_gmt":"2026-05-07T04:51:35","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=29344"},"modified":"2026-05-07T12:51:41","modified_gmt":"2026-05-07T04:51:41","slug":"membangun-oku-peranan-bersama-ypdkt-utm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/05\/07\/membangun-oku-peranan-bersama-ypdkt-utm\/","title":{"rendered":"Membangun OKU \u2013 Peranan Bersama YPDKT &amp; UTM"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">JOHOR BAHRU, 23 April 2026 \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan komuniti melalui penganjuran forum bertajuk \u201cMembangun OKU \u2013 Peranan Bersama YPKDT &amp; UTM\u201d sempena Majlis Sinergi Komuniti Antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) yang berlangsung di Ruang Terbuka Aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM Johor Bahru.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Forum selama satu jam ini memberi tumpuan kepada pembangunan inklusif serta pemerkasaan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui pelaksanaan inisiatif berasaskan kepakaran akademik universiti. Antara panel yang terlibat ialah YBrs. Profesor Dr. Ahmad Jusoh, Dekan Fakulti Pengurusan UTM, Encik Ahmad Najahal Hafriz Zulkifli, Ketua Bahagian Pembangunan Kanak-Kanak dan Remaja YPKDT, serta Encik Muhammad Rosli Ismail, wakil usahawan OKU. Manakala forum ini dikendalikan pula oleh YBrs. Profesor Madya Ramesh K.S @ Mohd Zaidi Abd Rozan dari UTM Johor Bahru.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29259\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/677187351_1390782576190063_5738554564919731338_n-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/677187351_1390782576190063_5738554564919731338_n-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/04\/677187351_1390782576190063_5738554564919731338_n-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Perbincangan forum menekankan bahawa golongan OKU berupaya berdikari melalui bidang keusahawanan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti. Encik Muhammad Rosli Ismail, wakil usahawan OKU turut berkongsi pengalaman bahawa kejayaan dalam perniagaan banyak bergantung kepada disiplin serta keupayaan menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran dan bukannya bergantung kepada simpati semata-mata. Pendekatan ini dilihat mampu meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh daya saing golongan OKU dalam ekosistem ekonomi semasa.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dari perspektif akademik, panel turut menekankan peranan institusi pengajian tinggi sebagai pemangkin pembangunan sosial melalui pemindahan ilmu, penyelidikan berimpak serta program pemerkasaan komuniti yang bersifat inklusif. Inisiatif seperti latihan keusahawanan, bimbingan teknikal dan penyediaan platform pemasaran dilihat mampu membuka lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk berkembang secara mampan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29352\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/05\/DSC02576-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/05\/DSC02576-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/05\/DSC02576-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam masa yang sama, YPKDT berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan pelbagai program pembangunan, latihan kemahiran serta sokongan berterusan kepada golongan OKU dan keluarga mereka. Sinergi antara UTM dan YPKDT turut dizahirkan melalui cadangan memperluas jaringan kerjasama melibatkan industri, agensi kerajaan dan komuniti setempat bagi mewujudkan ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh, termasuk peluang latihan industri, padanan pekerjaan serta pembangunan keusahawanan sosial.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Forum ini turut menekankan kepentingan perubahan persepsi masyarakat terhadap keupayaan OKU, di samping menggalakkan pendekatan inklusif dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan. Kolaborasi strategik antara pelbagai pihak dilihat sebagai elemen penting dalam memastikan golongan OKU tidak tercicir, malah berupaya menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29354\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/05\/DSC02649-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/05\/DSC02649-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/05\/DSC02649-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Forum ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, YBrs. Profesor Dr. Rosli Md. Illias, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Noor Faezah Md. Esa serta Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, bersama para tetamu jemputan dan warga UTM.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-weight: 400\">Kesimpulannya, forum ini menegaskan bahawa pembangunan golongan OKU memerlukan pendekatan kolaboratif dan holistik yang melibatkan institusi pendidikan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti. Usaha memperkasa OKU perlu memberi penekanan kepada pembangunan potensi, akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan serta penglibatan aktif dalam keusahawanan, sekali gus melahirkan golongan yang berdaya saing, berdikari dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 23 April 2026 \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan komuniti melalui penganjuran forum bertajuk \u201cMembangun OKU \u2013 Peranan Bersama YPKDT &amp; UTM\u201d sempena Majlis Sinergi Komuniti Antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) yang berlangsung di Ruang Terbuka Aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":279,"featured_media":29346,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[653,13,19,2,591],"tags":[179,1608,1611],"class_list":["post-29344","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-k-sharing","category-latest-stories","category-library-event","category-news","category-utm-johor-bahru","tag-jabatan-perpustakaan-utm","tag-membangun-oku-peranan-bersama-ypdkt-utm","tag-yayasan-pembangunan-keluarga-darul-tazim"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29344","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/279"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29344"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29344\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29452,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29344\/revisions\/29452"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29346"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29344"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29344"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29344"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}