{"id":29803,"date":"2026-06-12T09:40:16","date_gmt":"2026-06-12T01:40:16","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=29803"},"modified":"2026-06-12T09:42:51","modified_gmt":"2026-06-12T01:42:51","slug":"program-k-sharing-gagasan-islamisasi-ilmu-prof-diraja-terpuji-syed-muhammad-naquib-al-attas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/06\/12\/program-k-sharing-gagasan-islamisasi-ilmu-prof-diraja-terpuji-syed-muhammad-naquib-al-attas\/","title":{"rendered":"Program K-Sharing : Gagasan Islamisasi Ilmu Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib Al-Attas"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program <em>Knowledge Sharing<\/em> &#8220;Gagasan Islamisasi Ilmu Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib Al-Attas&#8221; telah berjaya dilaksanakan pada 10 Jun 2026 (Rabu). Program ini turut disiarkan secara langsung melalui <em>Facebook<\/em> dan <em>YouTube<\/em> UTM Library. Sesi perkongsian ilmu dikendalikan oleh Dr. Dayang Nurhazieqa Binti Hamzani, Pensyarah RZS-Casis Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan selaku moderator.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program dimulakan dengan pengenalan panel iaitu Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris, Pensyarah RZS-Casis Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta pengenalan latar belakang Almarhum Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib Al-Attas.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29808\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.48.21-PM-1024x579.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"579\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.48.21-PM-980x554.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.48.21-PM-480x271.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program dimulakan dengan membincangkan pemikiran Islamisasi Ilmu oleh Profesor Syed Muhammad Naqib Al-Atas. Panelmenegaskan bahawa krisis ilmu berpunca daripada pemisahan ilmu dengan agama dan perlunya revolusi intelektual melalui Islamisasi ilmu untuk membina kembali tamadun Islam yang gemilang. Krisis ilmu dan perlunya revolusi intelektual digariskan sebagai masalah utama yang dihadapi umat manusia hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Ilmu bukan sekadar maklumat, tetapi merangkumi kefahaman, hikmah dan adab. Dalam pendidikan Islam, ilmu tidak hanya dilihat sebagai pengumpulan fakta atau data, sebaliknya bertujuan membina kebijaksanaan (<em>wisdom<\/em>) dalam diri pelajar.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29809\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.49.15-PM-1024x582.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"582\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.49.15-PM-980x557.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.49.15-PM-480x273.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Islamisasi ilmu bertujuan menangani kerosakan dalam konsep ilmu yang berpunca daripada pemisahan antara ilmu dan agama. Dalam kerangka epistemologi Islam, ilmu difahami melalui tiga sumber utama, iaitu wahyu, akal dan pancaindera.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Pendekatan ini juga mengkritik gagasan ilmu bebas nilai serta sains moden yang sering dianggap neutral. Hakikatnya, ilmu sains moden dipengaruhi oleh falsafah tertentu seperti materialisme, naturalisme dan saintisme. Oleh itu, pandangan bahawa ilmu merupakan \u201cpisau bebas nilai\u201d ditolak kerana setiap ilmu membawa nilai, andaian dan falsafah tersendiri.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29810\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.49.46-PM-1024x576.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.49.46-PM-980x552.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.49.46-PM-480x270.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sehubungan itu, Islamisasi ilmu menolak fahaman sekularisme dan menegaskan bahawa ilmu perlu berlandaskan epistemologi Islam yang berasaskan wahyu dan adab. Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan kepentingan meneruskan agenda Islamisasi ilmu walaupun terdapat pelbagai kritikan terhadapnya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam wacana ini juga, konsep <em>unity of knowledge<\/em> sering dibincangkan berbanding integrasi ilmu sebagai usaha memahami hubungan antara pelbagai disiplin ilmu dalam satu kerangka yang lebih menyeluruh.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Islam menegaskan konsep kesatuan ilmu yang bersumber daripada Allah SWT, bukan daripada dua sumber yang terpisah. Dalam pandangan ini, sains dan agama saling melengkapi dengan fungsi serta kedudukan yang berbeza, namun tidak wujud pemisahan antara keduanya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29812\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.50.33-PM-1024x580.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"580\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.50.33-PM-980x555.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.50.33-PM-480x272.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Kerangka Islamisasi ilmu berasaskan metafizik Islam dan epistemologi Islam sebagai asas utama pembinaan sistem ilmu yang holistik. Pendekatan ini menolak teori <em>double truth<\/em> yang memisahkan kebenaran agama dan falsafah, sebaliknya menegaskan bahawa kebenaran adalah satu dan bersumberkan wahyu Ilahi.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dari sudut sejarah, perkembangan pemikiran Islamisasi ilmu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh Hellenisasi dan sekularisasi Barat. Dalam tradisi Barat, tokoh seperti Saint Augustine dan Thomas Aquinas telah mengintegrasikan falsafah Yunani ke dalam pemikiran agama Kristian. Seterusnya, Reformasi Martin Luther membawa kepada proses pendemokrasian agama serta pemisahan antara agama dan politik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam konteks ini, Islamisasi ilmu dilihat sebagai usaha untuk menilai semula dan menolak pengaruh sekularisasi serta pembaratan yang dianggap telah mengubah nilai dan tujuan ilmu. Kesan daripada proses ini turut dilihat memberi implikasi terhadap alam dan struktur sosial manusia.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29814\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.51.14-PM-1024x580.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"580\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.51.14-PM-980x555.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.51.14-PM-480x272.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Barat sendiri banyak berkembang hasil pengaruh tamadun Islam. Hal ini menunjukkan kepentingan untuk mempertahankan dan mengukuhkan kerangka ilmu Islam sebagai asas dalam pembinaan peradaban yang seimbang dan berteraskan wahyu.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Pembentangan ini menyorot kesan sekularisasi dan falsafah Barat yang bersifat antroposentrik (<em>anthropocentric<\/em>) serta implikasinya terhadap nilai, moral dan alam sekitar. Menurut Prof. Madya Dr. Khalif Muammar, terdapat beberapa ciri utama kebudayaan Barat yang telah mempengaruhi perkembangan ilmu dan peradaban moden. Beliau menjelaskan bahawa lima asas utama yang membentuk kerangka pemikiran Barat ialah rasionalisme, dualisme, materialisme, humanisme dan tragedi. Asas-asas ini mempengaruhi cara manusia memahami realiti, ilmu dan kehidupan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29816\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.08-PM-1024x580.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"580\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.08-PM-980x556.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.08-PM-480x272.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sekularisme pula dikatakan membawa kepada fenomena <em>disenchantment of nature<\/em> (penghilangan unsur kesakralan alam), <em>deconsecration of values<\/em> (pengosongan nilai daripada dimensi kesucian) dan <em>desacralization of politics<\/em> (pengasingan unsur agama daripada politik). Fenomena-fenomena ini mencerminkan proses pengasingan unsur kerohanian dan keagamaan daripada kehidupan manusia. Akibatnya, pandangan alam sekular menyebabkan manusia menganggap dirinya sebagai tuan alam tanpa memikul tanggungjawab moral terhadapnya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam konteks ini, krisis sosial dan alam sekitar dilihat berpunca daripada pemisahan ilmu daripada nilai-nilai moral dan agama. Pengaruh sekularisme dalam bidang politik dan sosial turut mengurangkan peranan agama sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29817\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.32-PM-1024x573.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"573\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.32-PM-980x549.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.32-PM-480x269.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Konsep negara sekular memisahkan hubungan manusia dengan Tuhan daripada urusan pemerintahan dan pentadbiran. Selain itu, demokrasi dan liberalisme moden turut dikritik kerana dianggap tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada nilai-nilai agama dalam proses politik dan pembentukan dasar.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Proses modenisasi Barat juga dilihat telah mengalihkan agama ke pinggir kehidupan masyarakat serta menggantikannya dengan autoriti sains dan nilai-nilai yang bersifat relatif. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang kemampuan sistem tersebut untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab dari segi moral dan spiritual.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sehubungan itu, timbul kesedaran tentang keperluan dewesternisasi ilmu sebagai usaha menilai semula pengaruh pemikiran Barat serta mengembalikan ilmu kepada kerangka pandangan alam yang berteraskan nilai, agama dan tanggungjawab moral.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29818\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.55-PM-1024x569.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"569\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.55-PM-980x545.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.52.55-PM-480x267.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Usaha dewesternisasi ilmu melalui islamisasi ilmu oleh tokoh Muslim. Tokoh seperti Syed Hussein Alatas dan Wan Mohd Nor Wan Daud menyokong usaha dewesternisasi ilmu. Islamisasi ilmu bukan penolakan Barat sepenuhnya tapi usaha menggantikan unsur sekular dengan nilai Islam. Islamisasi ilmu sebagai misi pentamadunan yang membangkitkan intelektual Muslim. Cabaran terbesar kini adalah cabaran ilmu dan perlunya pemulihan pandangan alam yang betul.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Prinsip dan kerangka Islamisasi Ilmu. Penjelasan mendalam tentang kerangka falsafah dan epistemologi Islam sebagai asas kepada proses islamisasi ilmu yang holistik dan bukan sekadar integrasi. Islamisasi ilmu sebagai proses islah dan pembaikan ilmu berasaskan worldview Islam. Islamisasi bukan sekadar integrasi atau tampalan ayat Al-Quran ke dalam ilmu sedia ada. Perlunya worldview Islam yang jelas sebagai kerangka untuk ilmu dan sains. Proses ini melibatkan de-westernisasi, mengenal pasti dan menggantikan unsur sekular dengan Islamik. Kerangka ini berasaskan metafizik dan epistemologi Islam yang dibina oleh ulama klasik dan moden.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Kepentingan memahami falsafah sains Islam dan Barat secara adil dan ilmiah. Pendidikan perlu membekalkan pelajar dengan ilmu falsafah sains Islam dan Barat untuk perbandingan tepat. Pendekatan ilmiah diperlukan selain daripada hanya rujukan ayat Al-Quran dan hadis. Memahami mazhab-mazhab Islam klasik dan falsafah Barat penting untuk membentuk pandangan dunia yang tepat. Kekurangan pengetahuan falsafah Islam di kalangan pendidik perlu diatasi untuk keberkesanan islamisasi ilmu.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Islamisasi ilmu merupakan falsafah pendidikan dan tujuan universiti. Pendidikan harus membentuk insan beradab (<em>insan adabi<\/em>) yang mengamalkan ilmu dan akhlak. Ilmu dan adab tidak boleh dipisahkan kerana ilmu yang rosak akan membawa kepada kerosakan moral. Universiti moden dianggap kehilangan roh dan tujuan sebenar tanpa landasan Islam yang kukuh. Islamisasi ilmu membawa kembali tujuan pendidikan sebagai membentuk manusia bertanggungjawab dan beradab.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Perbincangan mengenai pandangan Prof. Madya Dr. Khalif menekankan bagaimana gagasan Islamisasi ilmu dapat menangani masalah sosial dan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan kunci kepada penyelesaian pelbagai masalah sosial melalui pembentukan falsafah serta kefahaman yang menyeluruh. Menurut beliau, pendidikan perlu bermula dengan falsafah yang menghubungkan ilmu dengan agama dan moral. Ilmu tidak seharusnya dipisahkan daripada nilai-nilai agama kerana kedua-duanya saling melengkapi dalam membentuk insan yang berakhlak dan bertanggungjawab. Oleh itu, guru, ibu bapa dan institusi pendidikan perlu memahami kepentingan agama sebagai rujukan utama dalam proses pendidikan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Selain itu, Islamisasi ilmu perlu diterapkan pada semua peringkat, iaitu dalam keluarga, sekolah, universiti dan pentadbiran kerajaan. Pendekatan yang menyeluruh ini penting bagi memastikan nilai-nilai Islam dapat dihayati dan diamalkan secara konsisten dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui pelaksanaan Islamisasi ilmu yang bersepadu, pendidikan dapat melahirkan insan yang beradab, bermoral dan bertanggungjawab. Seterusnya, masyarakat yang dibentuk berasaskan ilmu, adab dan nilai agama akan lebih berupaya menghadapi cabaran sosial serta menyumbang kepada pembangunan tamadun yang seimbang dan berteraskan keadilan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Kerangka Islamisasi ilmu perlu jelas dan terperinci untuk diaplikasikan dalam bidang sains. Kerangka falsafah sains Islam harus dibincangkan secara ilmiah dan dibandingkan dengan falsafah Barat. Pelajar perlu diajar epistemologi Islam yang melibatkan wahyu, akal dan pancaindera sebagai sumber ilmu. Pendidikan juga perlu membekalkan kefahaman tentang mazhab serta pemikiran Islam klasik dan moden. Kekurangan penekanan terhadap falsafah Islam dalam sistem pendidikan semasa merupakan halangan utama kepada pelaksanaan Islamisasi ilmu.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Islamisasi ilmu mempunyai hubungan yang erat dengan pembentukan insan beradab. Islamisasi ilmu merupakan manifestasi adab terhadap ilmu, iaitu cara memperoleh, memahami dan mengamalkan ilmu dalam kehidupan berasaskan panduan Islam. Insan yang berilmu bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan, tetapi juga beradab terhadap ilmu serta memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi. Dalam perspektif Islam, ilmu hendaklah membawa manusia kepada pengiktirafan terhadap kebenaran, keadilan dan tanggungjawab moral.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Oleh itu, pendidikan perlu mengembalikan tujuan asalnya, iaitu melahirkan insan yang bertanggungjawab, adil dan berakhlak mulia. Pendidikan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pencapaian akademik atau kemahiran profesional semata-mata, tetapi juga kepada pembentukan peribadi dan adab. Islamisasi ilmu dan adab merupakan dua konsep yang saling berkait rapat dalam sistem pendidikan sejagat. Kedua-duanya berperanan membentuk insan yang seimbang dari segi intelektual, spiritual dan moral, serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan tamadun.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-29819\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.53.23-PM-1024x581.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"581\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.53.23-PM-980x556.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-11-at-3.53.23-PM-480x272.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Penghargaan diberikan kepada sumbangan besar Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bidang pemikiran Islam dan pendidikan tinggi. Karya serta pengaruh ilmiahnya meluas merentasi pelbagai bidang dan bahasa. Beliau menghasilkan karya-karya penting seperti Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays dan The Mysticism of Hamzah Fansuri. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Parsi, Jerman, Rusia dan Mandarin, yang mencerminkan pengaruhnya di peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau turut menubuhkan institusi penting seperti International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) serta berkhidmat sebagai Profesor Pelawat Terhormat di Universiti Teknologi Malaysia. Sumbangan beliau diiktiraf melalui pelbagai penghargaan dan anugerah berprestij, termasuk gelaran Profesor Diraja serta beberapa pengiktirafan antarabangsa dari negara seperti Pakistan dan Iran.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sebagai pengasas dan pembina institusi ilmu Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas telah melahirkan generasi ilmuwan Muslim yang memberi sumbangan penting dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau menubuhkan ISTAC (<em>International Institute of Islamic Thought and Civilization<\/em>), yang berjaya melahirkan sarjana dan ilmuwan yang kemudiannya mengasaskan serta memimpin pelbagai institusi pendidikan dan penyelidikan di seluruh dunia.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Walaupun ISTAC tidak lagi berfungsi dalam bentuk asalnya, pemikiran dan gagasan yang diasaskan oleh beliau terus berkembang serta diaplikasikan dalam pelbagai konteks pendidikan dan keilmuan. Gagasan Islamisasi ilmu yang diperkenalkannya menjadi salah satu rujukan utama dalam wacana pendidikan Islam kontemporari. Sumbangan beliau turut menjadi asas kepada perkembangan pemikiran Islam dan pendidikan bersepadu pada masa kini.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Cadangan bacaan dan sumber rujukan. Bagi mendalami pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas, para pelajar dan pengkaji disarankan merujuk kepada biografi serta karya-karya ilmiah terkini yang dihasilkan oleh murid dan pengkajinya, termasuk Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud. Pelbagai buku dan terbitan berkaitan boleh didapati di perpustakaan universiti, termasuk Perpustakaan UTM, serta di kedai-kedai buku akademik di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Selain itu, siri <em>Saturday Night Lectures<\/em> di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memelihara dan mengembangkan warisan ilmu serta pemikiran beliau melalui program ilmiah yang diadakan secara berkala. Pelajar dan staf digalakkan untuk membaca, mengkaji dan meneliti karya-karya beliau bagi memperdalam kefahaman tentang tradisi ilmu Islam dan cabaran pendidikan semasa.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program Knowledge Sharing &#8220;Gagasan Islamisasi Ilmu Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib Al-Attas&#8221; telah berjaya dilaksanakan pada 10 Jun 2026 (Rabu). Program ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook dan YouTube UTM Library. Sesi perkongsian ilmu dikendalikan oleh Dr. Dayang Nurhazieqa Binti Hamzani, Pensyarah RZS-Casis Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan selaku moderator. Program dimulakan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":281,"featured_media":29805,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[653,13,591],"tags":[1681,1680,1682],"class_list":["post-29803","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-k-sharing","category-latest-stories","category-utm-johor-bahru","tag-epistemologi-islam","tag-islamisasi-ilmu","tag-pemikiran-syed-muhammad-naquib-al-attas"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/281"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29803"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29832,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29803\/revisions\/29832"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}