{"id":30132,"date":"2026-07-29T16:27:14","date_gmt":"2026-07-29T08:27:14","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=30132"},"modified":"2026-07-29T16:27:14","modified_gmt":"2026-07-29T08:27:14","slug":"utm-perkasa-sains-warga-107-pelajar-dan-komuniti-sertai-citizen-science-boot-camp-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/07\/29\/utm-perkasa-sains-warga-107-pelajar-dan-komuniti-sertai-citizen-science-boot-camp-2026\/","title":{"rendered":"UTM Perkasa Sains Warga, 107 Pelajar Dan Komuniti Sertai Citizen Science Boot Camp 2026"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\"><strong>JOHOR BAHRU, 25 Julai 2026<\/strong> \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh komitmennya dalam memperluas pemindahan ilmu dan penyelidikan kepada masyarakat menerusi penganjuran Citizen Science Boot Camp 2026: Think Green Live Clean, yang berlangsung di Flat Kenari, Kangkar Pulai.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program anjuran Jabatan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM serta Pejabat Pendidikan Daerah Kulai ini berjaya menghimpunkan seramai 107 peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru dari SMK Seri Pulai Perdana, SMK Pulai Jaya dan SMK Kangkar Pulai, bersama komuniti Flat Kenari Kangkar Pulai.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30137\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-4-1024x684.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"684\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-4-980x654.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-4-480x320.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Mengangkat tema &#8220;Think Green Live Clean&#8221;, program ini merupakan inisiatif UTM dalam memperkenalkan pendekatan Citizen Science (Sains Warga) sebagai medium untuk mendekatkan masyarakat dengan penyelidikan dan inovasi melalui penyertaan aktif komuniti dalam memahami, mengumpul data serta mencari penyelesaian terhadap isu-isu alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Khairulbahiyah binti Yaakub, Ketua Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM, sebelum disempurnakan penutupannya oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UTM.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30140\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/756347815_1469327141668939_255122405599613144_n-1024x684.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"684\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/756347815_1469327141668939_255122405599613144_n-980x655.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/756347815_1469327141668939_255122405599613144_n-480x321.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam ucapannya, Puan Khairulbahiyah berkata program ini membuktikan bahawa perpustakaan masa kini bukan lagi sekadar pusat penyimpanan dan rujukan ilmu, sebaliknya berperanan sebagai hab pemindahan ilmu, penyelidikan dan inovasi yang menghubungkan kepakaran universiti dengan masyarakat.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">&#8220;Melalui pendekatan Citizen Science, Jabatan Perpustakaan UTM berperanan sebagai pemudah cara yang mempertemukan penyelidik, sekolah dan komuniti dalam membina budaya pembelajaran sepanjang hayat serta menghasilkan impak yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. Kami percaya perubahan besar bermula daripada tindakan kecil yang dilakukan secara bersama.&#8221;<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30136\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-3-1024x684.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"684\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-3-980x654.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-3-480x320.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program ini menampilkan barisan fasilitator yang terdiri daripada pakar akademik dan pengamal dalam bidang kelestarian, alam sekitar dan sains warga. Sesi &#8220;Citizen Science di UTM&#8221; dikendalikan oleh Puan Khairulbahiyah binti Yaakub, yang memperkenalkan konsep sains warga serta peranannya dalam memperkasakan penyelidikan berasaskan komuniti.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Peserta turut mengikuti sesi &#8220;Gaya Hidup Lestari&#8221; yang disampaikan oleh Dr. Serina Abdul Rahman, pensyarah dari National University of Singapore (NUS) dan Pengasas Bersama serta Penasihat Utama Kelab Alami, yang berkongsi amalan gaya hidup lestari serta kepentingan penglibatan masyarakat dalam memelihara alam sekitar.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Turut menjayakan program ialah Dr. Maizura binti Mazlan dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM menerusi modul &#8220;Perlukan Tanaman Hijau dalam Rumah?&#8221; yang disusuli aktiviti penghasilan terrarium, Dr. Kelvin Tang Kang Wee dari FABU, UTM melalui modul &#8220;Kenapa Panas Sangat Sekarang?&#8221; yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pencerapan dan analisis data haba persekitaran, serta Dr. Amni Haslinda binti Alpandi dari Fakulti Kejuruteraan Tenaga (FKT), UTM yang membimbing peserta menghasilkan bahan pencuci mesra alam tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30134\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-1-1024x684.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"684\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-1-980x654.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-1-480x320.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Kesemua modul disampaikan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (<em>experiential learning<\/em>) yang menggabungkan ceramah interaktif, demonstrasi, aktiviti amali dan kajian lapangan. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman peserta terhadap isu kelestarian, malah membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu secara praktikal dalam kehidupan seharian melalui pemerhatian, pengumpulan data dan penyelesaian masalah berasaskan bukti.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Penganjuran Citizen Science Boot Camp 2026 turut memperlihatkan bagaimana sinergi antara universiti, sekolah dan komuniti mampu memperluas impak ilmu, memperkukuh budaya penyelidikan berasaskan masyarakat serta melahirkan warga yang lebih cakna terhadap isu kelestarian. Pendekatan <em>citizen science<\/em> yang diketengahkan membolehkan masyarakat berperanan sebagai rakan penyelidikan melalui aktiviti pemerhatian, pengumpulan data dan pelaksanaan penyelesaian yang praktikal terhadap cabaran alam sekitar di peringkat komuniti.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30139\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-1024x684.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"684\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-980x654.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-480x320.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Inisiatif ini selari dengan komitmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Sustainable Development Goals \u2013 SDGs), khususnya SDG 4: Quality Education melalui pembelajaran sepanjang hayat dan pemerkasaan komuniti, SDG 11: Sustainable Cities and Communities menerusi pembangunan komuniti yang lebih berdaya tahan dan lestari, SDG 13: Climate Action melalui peningkatan kesedaran terhadap perubahan iklim dan tindakan mitigasi di peringkat komuniti, serta SDG 17: Partnerships for the Goals yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara universiti, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat dalam mencapai agenda pembangunan mampan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30135\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-2-1024x684.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"684\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-2-980x654.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/07\/WhatsApp-Image-2026-07-29-at-10.02.51-2-480x320.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Seiring aspirasi UTM sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf global, program ini membuktikan bahawa penyelidikan bukan sahaja menghasilkan pengetahuan baharu, malah berupaya diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. Melalui pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran dan penglibatan komuniti, UTM terus memperkukuh peranannya sebagai institusi yang memacu inovasi, memperkasa masyarakat dan membina masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Jabatan Perpustakaan UTM merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, pihak sekolah, fasilitator dan komuniti Flat Kenari Kangkar Pulai atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Program seumpama ini akan terus diperkasakan sebagai platform yang menghubungkan penyelidikan, pendidikan dan masyarakat, sekali gus memperkukuh peranan perpustakaan sebagai hab ilmu yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan negara.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 25 Julai 2026 \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh komitmennya dalam memperluas pemindahan ilmu dan penyelidikan kepada masyarakat menerusi penganjuran Citizen Science Boot Camp 2026: Think Green Live Clean, yang berlangsung di Flat Kenari, Kangkar Pulai. Program anjuran Jabatan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi), Pusat Jaringan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":180,"featured_media":30138,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[9,13,19,591],"tags":[1756,1757],"class_list":["post-30132","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-highlights","category-latest-stories","category-library-event","category-utm-johor-bahru","tag-citizen-science-boot-camp-2026","tag-think-green-live-clean"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30132","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/180"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30132"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30132\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30165,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30132\/revisions\/30165"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}