{"id":30381,"date":"2026-08-21T11:19:34","date_gmt":"2026-08-21T03:19:34","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=30381"},"modified":"2026-08-21T11:19:34","modified_gmt":"2026-08-21T03:19:34","slug":"program-baca-santai-siri-11-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/08\/21\/program-baca-santai-siri-11-2026\/","title":{"rendered":"Program Baca &amp; Santai Siri 11\/2026"},"content":{"rendered":"<div>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>JOHOR BAHRU, 13 Ogos 2026<\/strong> \u2013 Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan telah menganjurkan Program Baca &amp; Santai Siri 11\/2026 secara dalam talian. Siri kali ini menampilkan ahli panel jemputan, YBrs. Dr. Maskiah binti Masrom, Pengarah Institut Persuratan Alam Melayu, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) merangkap penulis novel <i>Jalan Seribu Liku<\/i>, bersama-sama Puan Azura binti Mohd Halid, Perancang Bahasa DBP Wilayah Selatan yang bertindak sebagai moderator.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30384\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/baca-santai-1024x585.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"585\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/baca-santai-980x560.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/baca-santai-480x274.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Novel <i>Jalan Seribu Liku<\/i> karya Dr. Maskiah Masrom merupakan sebuah karya sastera berunsur Islam yang memenangi Tempat Kedua atau Hadiah Penghargaan dalam Hadiah Sastera Berunsur Islam II pada tahun 1990. Karya ini kemudiannya diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1999 sebelum diiktiraf pula sebagai pemenang karya fiksyen pilihan dalam Hadiah Sastera Darul Ta&#8217;zim pada tahun 2001.<\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">\n<p>Dari segi penceritaan, novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis bernama Kristin Sitadewi yang dibesarkan dalam keluarga berbilang agama, di mana bapanya beragama Kristian manakala ibunya beragama Buddha. Latar belakang keluarga yang pelbagai ini mencetuskan krisis identiti, kecelaruan kepercayaan, serta konflik psikologi dalam diri Kristin untuk mencari dan memilih pegangan hidup yang sejati. Menerusi kisah ini, pengarang mengangkat tema pencarian kerohanian yang menekankan bahawa penghayatan agama seharusnya berasaskan ilmu dan akal, di samping menyentuh ancaman fahaman ateisme, marxisme, serta liberalisme yang menggugat akidah masyarakat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30385\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/baca-santai-2-1024x553.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"553\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/baca-santai-2-980x530.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/baca-santai-2-480x259.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">\n<p><span lang=\"SV\">Semasa sesi perkongsian, Dr. Maskiah mendedahkan bahawa idea awal novel ini tercetus sekitar tahun 1984 semasa beliau menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Novel ini dihasilkan sebagai tugasan bagi Kursus Penulisan Kreatif IV di bawah bimbingan Sasterawan Negara, Allahyarham S. Othman Kelantan. Penulisannya turut diilhamkan daripada kisah benar seorang rakan persekolahan di Sekolah Tinggi Muar yang mengalami krisis jiwa akibat perbezaan agama ibu bapanya. Proses penulisan karya ini penuh dengan cabaran apabila beliau perlu menggunakan mesin taip manual dalam tempoh yang singkat, sambil disokong oleh rakan-rakan sebilik yang menjadi pembaca awal draf novel berkenaan.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">\n<p>Meskipun idea perancangannya telah berusia melebihi empat dekad, karya ini disifatkan oleh panel penilai yang dipimpin oleh Sasterawan Negara Allahyarham Prof. Emeritus Dato&#8217; Dr. Shahnon Ahmad sebagai sebuah novel yang berjaya mengeksplorasi watak utamanya secara mendalam. Novel ini kekal relevan dengan isu-isu sosial masa kini seperti cabaran kesihatan mental, perkahwinan campur, krisis murtad, dan pengaruh teknologi terhadap pemikiran generasi muda. Dr. Maskiah menegaskan bahawa mesej utama novel ini adalah untuk mengingatkan pembaca agar tidak sekali-kali menggadaikan agama demi cinta, kerana agama merupakan penawar jiwa dan bukannya candu yang merosakkan manusia.<\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">\n<p><span lang=\"SV\">Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi kefahaman mendalam tentang peranan sastera dalam membentuk pemikiran masyarakat dan mempertahankan pegangan kerohanian. Menerusi kupasan novel <i>Jalan Seribu Liku<\/i>, warga UTM dan pembaca secara umumnya bukan sahaja dihidangkan dengan nilai estetika penulisan, malah disuntik dengan kesedaran tentang kepentingan ilmu, akidah, dan keindahan bahasa Melayu yang perlu terus dipelihara oleh generasi muda masa kini.<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">\n<p><span lang=\"SV\">\u00a0<\/span><\/p>\n<\/div>\n<div>\n<p style=\"text-align: justify\"><span lang=\"SV\">\u00a0<\/span><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 13 Ogos 2026 \u2013 Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan telah menganjurkan Program Baca &amp; Santai Siri 11\/2026 secara dalam talian. Siri kali ini menampilkan ahli panel jemputan, YBrs. Dr. Maskiah binti Masrom, Pengarah Institut Persuratan Alam Melayu, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":193,"featured_media":30383,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[13,1512,591],"tags":[1810,1811,1809,1808,1807,1621,1623,1620,1622],"class_list":["post-30381","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-latest-stories","category-read-relax","category-utm-johor-bahru","tag-baca-santai","tag-isu-sosial-dalam-sastera","tag-karya-fiksyen","tag-konflik-keagamaan","tag-nilai-islam-dalam-sastera","tag-read-to-connect","tag-read-to-create","tag-read-to-heal","tag-read-to-lead"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30381","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/193"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30381"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30381\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30407,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30381\/revisions\/30407"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30383"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30381"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30381"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30381"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}