{"id":30469,"date":"2026-08-14T16:19:13","date_gmt":"2026-08-14T08:19:13","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=30469"},"modified":"2026-08-28T16:30:07","modified_gmt":"2026-08-28T08:30:07","slug":"program-scholars-chapter-siri-3-2026-buka-perspektif-terhadap-cabaran-dan-keperluan-komuniti-autistik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/08\/14\/program-scholars-chapter-siri-3-2026-buka-perspektif-terhadap-cabaran-dan-keperluan-komuniti-autistik\/","title":{"rendered":"Program Scholars Chapter Siri 3\/2026 Buka Perspektif terhadap Cabaran dan Keperluan Komuniti Autistik"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">JOHOR BAHRU, 11 Ogos \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan usaha memperkasa budaya ilmu dan perkongsian pengetahuan melalui penganjuran Program Scholars Chapter Siri 3\/2026 yang berlangsung pada 11 Ogos 2026 (Selasa), dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara dalam talian menerusi Facebook LIVE @library.utm dan YouTube UTM Library TV. Program anjuran Perpustakaan UTM ini menjadi platform perkongsian ilmu yang mengetengahkan isu kemasyarakatan serta kepentingan meningkatkan kesedaran terhadap komuniti autistik melalui sesi perkongsian bersama penulis buku <em>Pembangunan Komuniti Autism: Cabaran dan Harapan<\/em>.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sesi yang dikendalikan oleh moderator, Dr. Khairul Anuar, menampilkan Prof. Madya Ts \u00a0Dr. Dayana Farzeeha Binti Ali, yang turut dikenali sebagai Dr. D, sebagai panel jemputan. Perbincangan memberi tumpuan kepada pengalaman beliau sepanjang lapan tahun terlibat dalam pelbagai program komuniti autistik, khususnya dalam usaha pemindahan ilmu kepada individu autistik, ibu bapa, pendidik dan masyarakat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30474\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.25.20-PM-1024x553.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"553\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.25.20-PM-980x530.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.25.20-PM-480x259.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dr. D berkongsi bahawa penghasilan buku <em>Pembangunan Komuniti Autism: Cabaran dan Harapan<\/em> tercetus daripada pengalaman beliau berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, guru-guru serta komuniti autistik sejak tahun 2018. Pengalaman yang dikumpulkan sepanjang berada di lapangan dilihat tidak seharusnya disimpan untuk kegunaan peribadi semata-mata, sebaliknya perlu dikongsikan kepada masyarakat.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Menurut beliau, \u201c8 tahun pengalaman, maklum balas daripada ibu bapa, pendidik itu bukan untuk simpan diri sendiri, ia perlu dikongsikan dengan masyarakat.\u201d Perkongsian tersebut menggambarkan hasrat beliau untuk memastikan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh melalui program-program komuniti dapat memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30475\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.25.51-PM-1024x561.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"561\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.25.51-PM-980x537.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.25.51-PM-480x263.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Menurut beliau, peningkatan kesedaran masyarakat terhadap autisme turut membawa kepada peningkatan keperluan terhadap perkhidmatan sokongan. Namun begitu, masih terdapat jurang perkhidmatan yang ketara, khususnya dari segi akses kepada terapi dan kemudahan yang bersesuaian. Ibu bapa terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di hospital kerajaan atau memilih perkhidmatan swasta yang boleh memberikan beban kewangan, terutama kepada keluarga yang memerlukan sokongan berterusan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Selain jurang perkhidmatan, sesi turut mengetengahkan cabaran dari aspek bebanan emosi yang dihadapi oleh ibu bapa dan guru. Menurut beliau, ibu bapa memerlukan sokongan dalam menguruskan anak-anak autistik, manakala guru pula memerlukan latihan dan pengetahuan yang bersesuaian bagi membantu mereka melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30476\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.26.12-PM-1024x553.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"553\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.26.12-PM-980x529.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.26.12-PM-480x259.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Antara perkara utama yang ditekankan ialah kandungan buku tersebut disusun dalam bentuk yang mudah difahami oleh masyarakat dan tidak terlalu berorientasikan penulisan akademik. Buku ini memberi tumpuan kepada tiga kumpulan utama, iaitu ibu bapa dan ahli keluarga individu autistik, guru serta masyarakat umum. Kandungannya turut menyediakan panduan dan contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di rumah atau di sekolah bagi menyokong perkembangan individu autistik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dr. D turut menjelaskan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti intervensi di rumah. Walaupun sesi terapi bersama ahli terapi mempunyai tempoh yang terhad, sebahagian besar masa kanak-kanak dihabiskan di rumah. Oleh itu, ibu bapa boleh memainkan peranan dengan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian berdasarkan panduan yang diberikan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30477\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.26.38-PM-1024x559.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"559\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.26.38-PM-980x535.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.26.38-PM-480x262.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Perbincangan turut menyentuh mengenai konsep bilik multi-sensori yang boleh diadaptasi mengikut kemampuan dan keadaan sesebuah keluarga atau institusi. Menurut beliau, kemudahan tersebut tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi kerana elemen-elemen tertentu boleh dihasilkan secara kreatif melalui konsep <em>do-it-yourself<\/em> (DIY).<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam sesi tersebut, Dr. D turut berkongsi harapan agar buku ini dapat membantu masyarakat memahami komuniti autistik dan seterusnya membentuk masyarakat yang lebih prihatin, menerima perbezaan serta mampu menyantuni individu autistik dengan lebih mesra. Beliau menegaskan bahawa sumbangan kepada komuniti autistik tidak semestinya dalam bentuk kewangan atau tenaga yang besar.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\u201cWalaupun kita mungkin tak boleh membantu dari segi kewangan ataupun kudrat, tapi sekadar prihatin pun sudah mencukupi,\u201d jelas beliau ketika mengulas mengenai peranan masyarakat dalam menyokong komuniti autistik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Antara mesej yang paling menarik perhatian ialah seruan supaya masyarakat \u201cStop judging\u201d atau berhenti menghakimi apabila berhadapan dengan tingkah laku individu autistik. Menurut beliau, ibu bapa kadangkala berasa bimbang untuk membawa anak-anak mereka ke tempat awam kerana takut berhadapan dengan pandangan atau penilaian masyarakat.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Beliau turut menegaskan bahawa masyarakat perlu meletakkan diri dalam situasi individu autistik bagi memahami pengalaman dan keperluan mereka. \u201cKita perlu meletakkan diri kita dalam dunia mereka. Jadi barulah kita dapat terima mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sehubungan itu, masyarakat diseru supaya tidak menghakimi sebaliknya meningkatkan kefahaman, menunjukkan keprihatinan dan memberikan ruang kepada individu autistik untuk diterima sebagai sebahagian daripada komuniti. Sikap sederhana seperti memahami keadaan dan memberikan sokongan juga dilihat mampu memberi makna besar kepada individu serta keluarga yang berhadapan dengan cabaran tersebut.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30478\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.27.12-PM-1024x551.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"551\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.27.12-PM-980x527.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/08\/Screenshot-2026-08-28-at-4.27.12-PM-480x258.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Perbincangan turut menyentuh perancangan masa hadapan dalam memperkukuh komuniti autistik, khususnya melalui program pemindahan ilmu, latihan kepada guru dan komuniti serta usaha meningkatkan pengesanan awal dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, terdapat usaha untuk meneroka potensi belia autistik melalui kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bersesuaian dengan keupayaan dan potensi mereka.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam mengakhiri perkongsian, Dr. D berharap lebih ramai penyelidik dan individu yang mempunyai kepakaran dapat bersama-sama turun padang membantu komuniti autistik. Menurut beliau, peningkatan kesedaran masyarakat perlu disertai dengan tindakan dan sokongan yang berterusan dalam aspek perkhidmatan, emosi serta kemahiran.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Secara keseluruhannya, Program Scholars Chapter Siri 3\/2026 berjaya mengetengahkan isu yang dekat dengan masyarakat melalui perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pembangunan komuniti autistik. Program ini bukan sahaja memperkenalkan buku <em>Pembangunan Komuniti Autism: Cabaran dan Harapan<\/em>, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh individu autistik, keluarga dan pendidik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk memainkan peranan masing-masing dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan menerima kepelbagaian. Melalui peningkatan ilmu, kesedaran dan sikap tidak menghakimi, masyarakat diharapkan dapat bersama-sama mewujudkan persekitaran yang lebih mesra, selesa dan menerima komuniti autistik.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 11 Ogos \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan usaha memperkasa budaya ilmu dan perkongsian pengetahuan melalui penganjuran Program Scholars Chapter Siri 3\/2026 yang berlangsung pada 11 Ogos 2026 (Selasa), dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara dalam talian menerusi Facebook LIVE @library.utm dan YouTube UTM Library TV. Program anjuran Perpustakaan UTM [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":233,"featured_media":30472,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[13,1431,591],"tags":[1830,1827,1829,1828],"class_list":["post-30469","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-latest-stories","category-scholar-chapter","category-utm-johor-bahru","tag-intervensi-autisme","tag-kesedaran-autisme","tag-scholar-chapter","tag-sokongan-komuniti"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30469","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/233"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30469"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30479,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30469\/revisions\/30479"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30472"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}