{"id":30513,"date":"2026-09-09T14:27:45","date_gmt":"2026-09-09T06:27:45","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=30513"},"modified":"2026-09-09T14:27:45","modified_gmt":"2026-09-09T06:27:45","slug":"program-knowledge-sharing-di-sebalik-langit-biru-kisah-keberanian-dan-pengorbanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/09\/09\/program-knowledge-sharing-di-sebalik-langit-biru-kisah-keberanian-dan-pengorbanan\/","title":{"rendered":"Program Knowledge Sharing: Di Sebalik Langit Biru \u2013 Kisah Keberanian dan Pengorbanan"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\"><strong>JOHOR BAHRU, 2 September \u2013<\/strong> Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan usaha memperkasa budaya perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat melalui penganjuran Program <em>Knowledge Sharing: <\/em>Di Sebalik Langit Biru \u2013 Kisah Keberanian dan Pengorbanan yang berlangsung pada 2 September 2026 (Rabu), dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari secara dalam talian menerusi Facebook dan YouTube UTM Library TV. Program anjuran Perpustakaan UTM ini bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan, sekali gus menjadi platform perkongsian pengalaman, ilmu dan inspirasi berkaitan keberanian, disiplin serta pengorbanan dalam pasukan keselamatan negara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30526\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.47.40-AM-1024x577.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"577\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.47.40-AM-980x553.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.47.40-AM-480x271.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sesi perkongsian yang dikendalikan oleh Encik Farizal Rashid, UTM Press manakala panel ialah Encik Muhammad Firdaus bin Minhat, anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU). Beliau telah berkhidmat selama 19 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan hampir 17 tahun dalam PASKAU. Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi perjalanan kerjaya, pengalaman penerjunan serta cabaran yang dilalui sepanjang berkhidmat sebagai penerjun bebas.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Menurut Encik Muhammad Firdaus, minat terhadap bidang penerjunan telah mula timbul sejak zaman persekolahan apabila beliau sering melihat aktiviti penerjunan yang dilakukan oleh anggota tentera dan seterusnya mendorong beliau menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia selepas tamat persekolahan sebelum mengikuti latihan pasukan khas dan seterusnya menyertai PASKAU.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30527\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.48.29-AM-1024x573.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"573\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.48.29-AM-980x548.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.48.29-AM-480x269.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sepanjang perkongsian, beliau menjelaskan bahawa kehidupan dalam pasukan ketenteraan bukan sekadar memerlukan keberanian, malah menuntut kekuatan fizikal, mental dan ilmu pengetahuan. Latihan yang dilalui bertujuan membentuk keupayaan anggota untuk bekerja dalam keadaan tekanan serta sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi pada bila-bila masa.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Antara mesej utama yang diketengahkan ialah keberanian perlu disertai dengan ilmu dan persediaan yang mencukupi. Menurut beliau, seseorang tidak boleh bergantung kepada keberanian semata-mata ketika melaksanakan tugas berisiko tinggi kerana setiap tindakan memerlukan pengetahuan, perancangan dan disiplin yang kukuh. Beliau menegaskan, <strong>\u201cDia tak boleh kita nak terjun semata-mata nak berani saja. Kita kena ada ilmu.\u201d<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30528\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.49.13-AM-1024x571.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"571\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.49.13-AM-980x547.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.49.13-AM-480x268.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Encik Muhammad Firdaus turut berkongsi pengalaman berkaitan aspek teknikal penerjunan termasuk persediaan, penggunaan peralatan, keadaan cuaca, teknik penerjunan dan kepentingan latihan berterusan. Beliau menjelaskan bahawa setiap penerjunan memerlukan perancangan yang teliti dengan mengambil kira keadaan angin, kawasan pendaratan, persekitaran serta koordinasi antara penerjun dan juruterbang.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Beliau turut menekankan bahawa kemahiran seseorang penerjun tidak dapat dibentuk melalui latihan yang dilakukan secara sekali-sekala, sebaliknya memerlukan latihan berterusan sehingga benar-benar mahir. <strong>\u201cDia kena berterusan, berterusan, berterusan sehingga dia mahir,\u201d<\/strong> jelas beliau ketika menerangkan kepentingan latihan dalam memastikan penerjun mampu melakukan pendaratan dengan baik dan selamat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30529\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.49.52-AM-1024x572.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"572\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.49.52-AM-980x548.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.49.52-AM-480x268.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Selain aspek fizikal dan teknikal, ketahanan mental turut menjadi elemen penting dalam memastikan seseorang penerjun mampu bertindak dengan tepat ketika berdepan situasi mencemaskan. Encik Muhammad Firdaus berkongsi pengalaman melakukan <em>cutaway<\/em> sebanyak tiga kali, iaitu situasi apabila payung terjun utama mengalami masalah dan penerjun perlu mengambil tindakan kecemasan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Menurut beliau, penerjun perlu kekal tenang, tidak mudah panik dan berani menghadapi situasi tersebut. <strong>\u201cKita jangan gelabah. Kita kena beranikan diri,\u201d<\/strong> katanya ketika berkongsi pengalaman berdepan masalah pada payung terjun utama.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Perkongsian tersebut turut memberikan gambaran tentang besarnya tanggungjawab yang dipikul oleh anggota PASKAU dalam melaksanakan tugas yang berisiko tinggi. Setiap penerjunan memerlukan persediaan rapi, ketelitian dan sikap berhati-hati kerana melibatkan keselamatan serta nyawa anggota. Dalam konteks tersebut, beliau menyampaikan satu ungkapan yang cukup bermakna, iaitu <strong>\u201cSebab tu kita bekerja dengan nyawa.\u201d<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30530\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.50.33-AM-1024x559.png\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"559\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.50.33-AM-980x535.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/Screenshot-2026-09-09-at-11.50.33-AM-480x262.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Selain pengalaman penerjunan, Encik Muhammad Firdaus turut berkongsi mengenai skop tugas PASKAU yang merangkumi pelbagai bidang, termasuk penyusupan dan operasi menyelamat di lautan. Beliau menceritakan pengalaman berkaitan misi menyelamat juruterbang yang mengalami kemalangan di laut, yang memerlukan anggota pasukan khas melakukan penerjunan bersama bot penyelamat sebelum bergerak untuk melaksanakan misi menyelamat.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Dalam sesi tersebut, beliau turut menyentuh mengenai tanggungjawab mendidik dan membimbing anggota generasi baharu. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang penerjunan bebas, beliau kini turut memainkan peranan dalam melatih anggota yang lebih muda agar ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat diteruskan sebagai legasi kepada generasi seterusnya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Program ini turut memperlihatkan bahawa keberanian bukan semata-mata bermaksud berani menghadapi risiko, tetapi turut merangkumi keberanian untuk belajar, berdisiplin, membuat keputusan dengan tepat dan terus berusaha memperbaiki diri. Perkongsian pengalaman Muhammad Firdaus memberikan perspektif bahawa setiap kejayaan memerlukan latihan yang konsisten, kekuatan mental serta kesediaan untuk menghadapi cabaran.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja memperluas pengetahuan peserta mengenai dunia penerjunan dan pasukan khas, malah menyampaikan mesej yang cukup bermakna bahawa keberanian yang sebenar perlu disokong oleh ilmu, latihan dan persediaan yang kukuh. Perkongsian tersebut turut menjadi penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan anggota keselamatan yang sentiasa bersedia memberikan khidmat dan mempertaruhkan nyawa demi keselamatan negara.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 2 September \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan usaha memperkasa budaya perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat melalui penganjuran Program Knowledge Sharing: Di Sebalik Langit Biru \u2013 Kisah Keberanian dan Pengorbanan yang berlangsung pada 2 September 2026 (Rabu), dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari secara dalam talian menerusi Facebook dan YouTube [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":233,"featured_media":30524,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[653,13,591],"tags":[1837,1838,1840,1839,1836],"class_list":["post-30513","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-k-sharing","category-latest-stories","category-utm-johor-bahru","tag-bulan-kebangsaan","tag-kisah-keberanian-dan-pengorbanan","tag-paskau","tag-pasukan-khas-tentera-udara-diraja-malaysia","tag-tentera-udara-diraja-malaysia"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30513","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/233"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30513"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30513\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30539,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30513\/revisions\/30539"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}