{"id":30541,"date":"2026-09-18T10:51:42","date_gmt":"2026-09-18T02:51:42","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=30541"},"modified":"2026-09-18T10:51:42","modified_gmt":"2026-09-18T02:51:42","slug":"program-read-relax-siri-13-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/09\/18\/program-read-relax-siri-13-2026\/","title":{"rendered":"Program Read &amp; Relax Siri 13\/2026"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\"><strong>JOHOR BAHRU, 10 September<\/strong> &#8211; Program Read &amp; Relax Siri 13\/2026 anjuran Jabatan Perpustakaan UTM ini membincangkan dan mengupas pelbagai topik berkaitan bahan bacaan. Sesi kali ini menampilkan dua orang panelis iaitu Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali, Timbalan Pendaftar Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Encik Mohd Roslyzam bin Abd Rafi, Penolong Eksekutif Bahagian Teknologi Digital, UTMSPACE. Moderator program ialah Encik Salihuddin bin Bakhri, Pembantu Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30545\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05317-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05317-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05317-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Panel pertama, Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali mengupas novel <em>Sisi Tergelap Surga<\/em> karya Brian Krishna. Novel ini\u00a0 mengisahkan kehidupan masyarakat kecil di Jakarta yang berjuang untuk meneruskan kehidupan di sebalik kemegahan kota yang sering dianggap sebagai tempat penuh peluang dan harapan. Jakarta digambarkan sebagai kota yang menerima mereka yang datang membawa harapan, namun tidak semuanya mampu mencapai impian tersebut. Melalui kisah pengutip barangan terpakai, penghibur jalanan, pekerja kelab malam, pencuri dan pekerja jalanan, pembaca didedahkan kepada realiti kemiskinan, kesukaran hidup dan pengorbanan manusia untuk terus bertahan. Antara kisah yang diketengahkan termasuk seorang ibu yang bekerja demi menyara anak serta seorang pencuri yang terpaksa mencari wang untuk membeli ubat ibunya. Novel ini bukan sahaja menyentuh isu kemiskinan, malah memupuk nilai kemanusiaan, empati dan keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Panel turut menekankan kepentingan pendidikan sebagai jalan untuk mengubah kehidupan serta mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dimiliki.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30548\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05384-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05384-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05384-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Panel kedua Encik Mohd Roslyzam bin Abd Rafi menceritakan mengenai novel yang bertajuk <em>Panglima Salleh, Selempang Merah<\/em> karya Zaharah Nawawi yang mengangkat kisah seorang tokoh yang sinonim dengan keberanian, perjuangan serta semangat mempertahankan maruah dan tanah air. Kisah ini merupakan novel sejarah yang mengisahkan perjuangan Panglima Salleh dalam menentang ancaman komunis di Batu Pahat sekitar tahun 1942 hingga 1945. Panel tertarik dengan buku ini kerana sering mendengar kisah Panglima Salleh daripada generasi terdahulu dan ingin mengetahui perjuangan beliau dengan lebih mendalam. Dalam suasana Tanah Melayu yang berdepan dengan penjajahan Jepun dan ancaman komunis, Panglima Salleh tampil membangkitkan semangat masyarakat untuk mempertahankan bangsa dan tanah air. Beliau terkenal dengan pakaian hitam, ilmu agama serta kemahiran persilatan, manakala selempang merah menjadi antara identiti perjuangannya. Bersama pengikutnya, beliau sanggup masuk ke hutan untuk menjejaki musuh dan mempertahankan masyarakat daripada ancaman komunis. Kisah ini memperlihatkan keberanian, perpaduan dan semangat juang yang wajar dikenali oleh generasi muda.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30547\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05355-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05355-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05355-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Secara keseluruhannya, moderator melihat kedua-dua buku ini dapat memberikan pengajaran yang saling melengkapi. <em>Sisi Tergelap Syurga<\/em> mengajar kita supaya bersyukur, tidak mudah berputus asa dan menjadikan ilmu sebagai jalan memperbaiki kehidupan. Sementara itu, kisah Panglima Salleh mengingatkan kita supaya menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan terdahulu. Kedua-dua buku ini wajar dibaca kerana dapat meningkatkan kesedaran tentang kehidupan, kepentingan ilmu, sejarah serta nilai keamanan yang dinikmati pada hari ini.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30549\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05394-1024x576.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05394-980x551.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/09\/DSC05394-480x270.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 10 September &#8211; Program Read &amp; Relax Siri 13\/2026 anjuran Jabatan Perpustakaan UTM ini membincangkan dan mengupas pelbagai topik berkaitan bahan bacaan. Sesi kali ini menampilkan dua orang panelis iaitu Encik Dzulhelmi bin Mohd Razali, Timbalan Pendaftar Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Encik Mohd Roslyzam bin Abd Rafi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":174,"featured_media":30544,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[595,13,1512,591],"tags":[1712,1842,1621,1623,1620,1622,1843,1841],"class_list":["post-30541","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-book-talk","category-latest-stories","category-read-relax","category-utm-johor-bahru","tag-budaya-membaca","tag-panglima-salleh","tag-read-to-connect","tag-read-to-create","tag-read-to-heal","tag-read-to-lead","tag-selempang-merah","tag-sisi-tergelap-surga"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/174"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30541"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30577,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30541\/revisions\/30577"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30544"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}