{"id":30947,"date":"2026-11-19T15:47:37","date_gmt":"2026-11-19T07:47:37","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=30947"},"modified":"2026-11-19T15:47:37","modified_gmt":"2026-11-19T07:47:37","slug":"238-murid-kunjungi-perpustakaan-utm-sempena-konvokesyen-ke-70","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2026\/11\/19\/238-murid-kunjungi-perpustakaan-utm-sempena-konvokesyen-ke-70\/","title":{"rendered":"238 Murid Kunjungi Perpustakaan UTM Sempena Konvokesyen Ke-70"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\"><strong>JOHOR BAHRU, 14 November<\/strong>\u00a0\u2013 Bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-70, Jabatan Perpustakaan UTM menerima kunjungan seramai 238 orang murid daripada lapan buah sekolah sekitar Johor Bahru menerusi program lawatan anjuran Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS).<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Lawatan yang menghimpunkan murid-murid daripada Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, SMK Mutiara Rini, SMK Taman Universiti 2, SMK Impian Emas dan SMK Munsyi Ibrahim ini bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan pelajar mengenai kemudahan, koleksi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perpustakaan UTM, di samping memperkenalkan persekitaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30950\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-16.27.42-1-1024x768.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"768\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-16.27.42-1-980x735.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-16.27.42-1-480x360.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sepanjang kunjungan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), para murid berpeluang mengenali pelbagai kemudahan yang menyokong aktiviti pembelajaran, pencarian maklumat dan penyelidikan. Antara lokasi yang diperkenalkan ialah Kaunter Sirkulasi yang menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan serta Sistem Perkhidmatan Layan Diri (SPLD). Mereka turut dibawa melihat Ruang Interaktif yang menyediakan suasana pembelajaran fleksibel dengan kemudahan komputer riba dan capaian Wi-Fi bagi menyokong aktiviti pembelajaran digital.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30953\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-20.34.31-1-1024x576.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-20.34.31-1-980x551.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-20.34.31-1-480x270.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Lawatan diteruskan dengan pengenalan kepada Ruang Koleksi Layan Terbuka yang membolehkan pengguna mendapatkan bahan rujukan secara terus, di samping penerangan mengenai kaedah pencarian bahan melalui katalog dalam talian atau Online Public Access Catalogue (OPAC). Bilik Karel turut menjadi antara kemudahan yang diperkenalkan sebagai ruang pembelajaran individu yang lebih privasi dan kondusif.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30952\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-20.34.23-576x1024.jpeg\" alt=\"\" width=\"576\" height=\"1024\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Sementara itu, kunjungan ke Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) memberikan pengalaman berbeza apabila para murid dibawa meneroka beberapa ruang yang menampilkan keunikan koleksi, sejarah, warisan dan kecemerlangan ilmu. Di Aras 1, para murid diperkenalkan kepada Koleksi Khazanah Intelektual Johor yang menghimpunkan bahan berkaitan sejarah, budaya dan tokoh-tokoh Johor. Mereka turut berpeluang melihat Kaunter Sirkulasi dan Mesin SPLD yang menyediakan kemudahan transaksi peminjaman serta pemulangan buku secara layan diri, selain Ruang Terbuka yang menjadi pilihan pengguna untuk aktiviti pembelajaran dan perbincangan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30954\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-16.27.44-2-1024x768.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"768\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-16.27.44-2-980x735.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-16.27.44-2-480x360.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Lawatan diteruskan ke Aras 2 dengan kunjungan ke Galeri Raja Zarith Sofiah yang menampilkan koleksi peribadi serta sumbangan buku Tuanku, sekali gus mencerminkan keprihatinan dan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan. Para murid turut diperkenalkan kepada Sudut Bacaan Tan Sri Dr. Nor Saleh yang menempatkan bahan bacaan sumbangan tokoh UTM sebagai sumber inspirasi dan rujukan kepada pengunjung.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30956\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.06-2-1024x576.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.06-2-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.06-2-980x551.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.06-2-480x270.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p>Di Aras 3 pula, para murid berpeluang mengenali Bilik Tokoh Penyelidik yang memaparkan pencapaian dan sumbangan penyelidikan warga UTM, serta Bilik Rujukan Tesis yang menempatkan koleksi tesis daripada pelbagai fakulti sejak tahun 2000. Kemudahan Bilik Karel turut diperkenalkan sebagai alternatif ruang pembelajaran individu yang menyediakan suasana lebih privasi kepada pengguna.<\/p>\n<p>Penerokaan kedua-dua perpustakaan ini memberikan gambaran menyeluruh kepada para murid tentang kepelbagaian fungsi perpustakaan universiti yang bukan sekadar menjadi tempat penyimpanan dan peminjaman buku, malah berperanan sebagai pusat akses maklumat, pembelajaran digital, penyelidikan serta pemeliharaan khazanah ilmu dan warisan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30955\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.08.24-1024x576.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.08.24-980x551.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.08.24-480x270.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Pengalaman melihat sendiri kemudahan yang disediakan turut membuka peluang kepada para murid untuk memahami kepentingan penggunaan sumber maklumat secara berkesan dalam menyokong pembelajaran. Pendedahan ini diharap dapat menyemai minat membaca, menggalakkan budaya mencari ilmu dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Penganjuran lawatan seumpama ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat melalui perkongsian ilmu, kemudahan dan pengalaman pendidikan. Ia juga menjadi platform bermakna dalam mendekatkan golongan pelajar dengan persekitaran universiti serta memperkenalkan peranan perpustakaan sebagai salah satu komponen penting dalam ekosistem pendidikan tinggi.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-30951\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.05-3-1024x576.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.05-3-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.05-3-980x551.jpeg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2026\/11\/WhatsApp-Image-2026-11-14-at-17.21.05-3-480x270.jpeg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">Jabatan Perpustakaan UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak CCIN, semua sekolah yang terlibat, guru-guru pengiring serta para murid atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna yang mencetuskan inspirasi kepada generasi muda untuk terus meneroka dunia ilmu, memperluas pengetahuan dan membina masa depan yang lebih cemerlang.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;text-align: justify\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 14 November\u00a0\u2013 Bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-70, Jabatan Perpustakaan UTM menerima kunjungan seramai 238 orang murid daripada lapan buah sekolah sekitar Johor Bahru menerusi program lawatan anjuran Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS). Lawatan yang menghimpunkan murid-murid daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":193,"featured_media":30949,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[13,591],"tags":[1933,1926,1925,1924,1928,1927,1931,1932,1929,1930],"class_list":["post-30947","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-latest-stories","category-utm-johor-bahru","tag-istiadat-konvokesyen-universiti-teknologi-malaysia-utm-ke-70","tag-kolej-vokasional-ert-azizah","tag-kolej-vokasional-tanjung-puteri","tag-lawatan-dari-sekolah-sekolah","tag-sekolah-menengah-kebangsaan-agama-smka-johor-bahru","tag-sekolah-menengah-sains-johor","tag-smk-impian-emas","tag-smk-munsyi-ibrahim","tag-smk-mutiara-rini","tag-smk-taman-universiti-2"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30947","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/193"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30947"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30947\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31005,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30947\/revisions\/31005"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30949"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30947"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30947"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30947"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}