{"id":8085,"date":"2021-02-03T15:25:49","date_gmt":"2021-02-03T07:25:49","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=8085"},"modified":"2021-02-11T09:41:31","modified_gmt":"2021-02-11T01:41:31","slug":"ocean-inovasi-berani-pembangunan-sistem-perpustakaan-baru-utm-berasaskan-sumber-terbuka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2021\/02\/03\/ocean-inovasi-berani-pembangunan-sistem-perpustakaan-baru-utm-berasaskan-sumber-terbuka\/","title":{"rendered":"OCEAN: Inovasi berani Pembangunan Sistem Perpustakaan Baharu UTM berasaskan Sumber Terbuka"},"content":{"rendered":"<div id=\"attachment_8091\" style=\"width: 1034px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-8091\" class=\"wp-image-8091 size-large\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image001-1024x712.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"712\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image001-1024x712.jpg 1024w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image001-980x681.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image001-480x334.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><p id=\"caption-attachment-8091\" class=\"wp-caption-text\"><em>Paparan depan bagi Sistem Katalog Atas Talian : OCEAN (Online Catalogue for Easy Access to Information)<\/em><\/p><\/div>\n<p>Pada\u00a0<strong>21 Januari 2021 (Khamis)<\/strong>\u00a0tercipta sejarah bagi Perpustakaan UTM dengan Pelancaran Sistem Pengurusan Perpustakaan Baharu Sumber Terbuka yang dirasmikan oleh Naib\u00a0\u00a0Canselor UTM, YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail sempena\u00a0<strong>Majlis Amanat Naib Canselor UTM 2021<\/strong>.<\/p>\n<p>Menyusuri kembali sejarah transformasi sistem pengurusan perpustakaan yang bermula seawal tahun 1980an mengingatkan kita kepada Berlian (1986-1990), OPAC (1991-2000), INFOLAN (1992-2000), INFOLAN2 (2001-2010) dan LESTARI (2011-2020). Ini menggambarkan inovasi berterusan Perpustakaan UTM dalam sistem pengurusan perpustakaan.<\/p>\n<p>Sistem Pengurusan Perpustakaan Baharu Sumber Terbuka dikenali sebagai\u00a0OCEAN\u00a0(Online Catalogue for Easy Access to Information)\u00a0secara rasminya\u00a0telah digunakan\u00a0mulai 21 Januari 2021\u00a0menggantikan LESTARI (Library Electronic System &amp; Research Information).<\/p>\n<p>Sistem ini dibangunkan secara<strong>\u00a0<\/strong>kendiri sepenuhnya<strong>\u00a0<\/strong>dengan<strong>\u00a0<\/strong>kepakaran empat (4) orang Pustakawan, dua (2) orang Pembantu Pustakawan dan seorang Pegawai Teknologi Maklumat, UTMDigital dari Seksyen Automasi, Bahagian Automasi &amp; Perkhidmatan, Perpustakaan UTM.<\/p>\n<p>Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menukar Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS) dari sistem pengurusan perpustakaan komersial (proprietary) iaitu SirsiDynix kepada sistem sumber terbuka KOHA (open source) yang merupakan satu sistem maklumat perpustakaan bersepadu yang berasaskan web.\u00a0 Sistem ini telah dibangunkan mengikut protokol dan piawaian perpustakaan seperti MARC 21, UNIMARC, Z39.50, SRU\/SW, SIP2, SIP\/NCIP bagi memastikan ianya bersesuaian, mampu berfungsi dan boleh diintegrasi dengan sistem-sistem lain yang digunakan.<\/p>\n<p>Sistem OCEAN boleh diakses melalui portal perpustakaan atau pada pautan <a href=\"https:\/\/opac.utm.my\/\">https:\/\/opac.utm.my.<\/a> Ianya berfungsi dalam pengurusan sistem pencarian bahan, peminjaman, pemulangan, rekod patron, <em>Inter library loan<\/em>, maklumat pinjaman\/dendaan patron dan pengurusan lebih 700 ribu buah buku serta lain-lain bahan.<\/p>\n<p>Langkah inovasi yang berani ini telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM1.5 juta bagi tempoh 3 tahun seterusnya penjimatan kos peruntukan penyelenggaraan sistem dalam tempoh jangka panjang. Pendekatan ini penting dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan perpustakaan yang cekap dan berkesan dapat dikekalkan.<\/p>\n<p>Bagi penjenamaan semula sistem baharu, Perpustakaan UTM telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Nama Baharu Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) Perpustakaan UTM 2020 yang telah diadakan pada 22-31 Disember 2020 dan terbuka kepada warga UTM. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menerima 153 penyertaan. Sebanyak 373 pelbagai nama beserta deskripsi dicadangkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pemenang bagi pertandingan ini adalah saudari\u00a0Kam Chui Fong,\u00a0pelajar\u00a0Tahun 2\u00a0dari\u00a0Jabatan Kimia, Fakulti Sains dengan nama\u00a0<strong>OCEAN (Online Catalogue for Easy Access to Information)<\/strong>\u00a0yang berjaya mencerminkan fungsi sistem pengurusan perpustakaan.<\/p>\n<p>Reka bentuk logo baharu bagi Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) Perpustakaan UTM turut dicipta. Pencipta reka bentuk logo sistem adalah Encik Md Razib bin Karno iaitu Ketua Seksyen Automasi, Bahagian Automasi &amp; Perkhidmatan, Perpustakaan UTM.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-8092\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image002.png\" alt=\"\" width=\"550\" height=\"309\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image002.png 550w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image002-480x270.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) 550px, 100vw\" \/><\/p>\n<p>Interpritasi logo bagi perkataan OCEAN adalah akronim kepada O &#8211; <strong>O<\/strong>nline; C &#8211; <strong>C<\/strong>atalogue; E &#8211; <strong>E<\/strong>asy; A &#8211; <strong>A<\/strong>ccess; N \u2013 Informatio<strong>N. OCEAN\u00a0 <\/strong>diumpamakan sebagai lautan ilmu dan maklumat yang tidak terbatas dan sangat luas serta dalam seperti lautan. Tiada titik noktah dalam mencari maklumat serta ilmu dan ianya akan sentiasa bertambah. Warna <em>gradient\u00a0<\/em>biru muda kepada gelap menunjukkan warna laut dan kedalaman serta keluasan lautan itu sendiri dikaitkan dengan ilmu yang tidak terbatas. Ikon gelombang dan ombak laut turut melambangkan helaian buku bagi maklumat yang sentiasa bertambah dan meningkat seperti ombak di lautan. Sentiasa terdapat ilmu baru dan berubah mengikut masa.<\/p>\n<p>Perpustakaan UTM mengucapkan setinggi-tinggi\u00a0\u00a0penghargaan dan terima kasih kepada pasukan kerja Jawatankuasa Induk Pembangunan Sistem Pengurusan Perpustakaan Sumber Terbuka KOHA di atas komitmen, sumbangan, dan usaha dalam merealisasi dan menjayakan inovasi sistem pembangunan pengurusan perpustakaan.<\/p>\n<p><strong>Penasihat<br \/>\n<\/strong>Puan Noraziah binti Sharuddin, Ketua Pustakawan<\/p>\n<p><strong>Penyelaras<br \/>\n<\/strong>Puan Kamariah binti Mohamed Jong, Timbalan Ketua Pustakawan (Automasi &amp; Perkhidmatan)<\/p>\n<p><strong>Ketua Projek<br \/>\n<\/strong>Encik Md Razib bin Karno, Ketua Seksyen Automasi<\/p>\n<p><strong>Ahli Utama Projek (Seksyen Automasi)<br \/>\n<\/strong>Encik Yusrul Hisham bin Mohd Yusof, Pustakawan Kanan<br \/>\nPuan Norhafisah binti Zakaria, Pustakawan<br \/>\nEncik Mohamad Fahiezan bin Md Zan, Pustakawan<br \/>\nEncik Sharul bin Ismail, Pegawai Teknologi Maklumat, UTMDigital<br \/>\nEncik Khairul Syafiq bin Kudus, Pembantu Pustakawan<br \/>\nEncik Luqman Hakim bin Abdul Hamid, Pembantu Pustakawan<\/p>\n<p>Penghargaan serta terima kasih juga diucapkan kepada\u00a0Ahli\u00a0Jawatankuasa Induk Pembangunan Sistem Pengurusan Perpustakaan Sumber Terbuka KOHA,\u00a0Jawatankuasa Pelaksana Pelancaran Sistem Pengurusan Perpustakaan Sumber Terbuka KOHA\u00a0dan semua staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.<\/p>\n<p>Adalah diharap Sistem OCEAN ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan Perpustakaan UTM kepada seluruh warga UTM.<\/p>\n<div id=\"attachment_8097\" style=\"width: 1034px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-8097\" class=\"wp-image-8097 size-large\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image004-1024x683.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"683\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image004-980x654.jpg 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/02\/image004-480x320.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><p id=\"caption-attachment-8097\" class=\"wp-caption-text\">Ketua Pustakawan, Pn.Noraziah binti Sharuddin (berdiri tengah) bersama barisan Pengurusan Tinggi Perpustakaan UTM<\/p><\/div>\n<p>Oleh:<br \/>\nUrusetia<br \/>\nJawatankuasa Pelaksana Pelancaran UTM Virtual Gallery &amp;<br \/>\nSistem Pengurusan Perpustakaan Sumber Terbuka OCEAN<br \/>\nPerpustakaan UTM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada\u00a021 Januari 2021 (Khamis)\u00a0tercipta sejarah bagi Perpustakaan UTM dengan Pelancaran Sistem Pengurusan Perpustakaan Baharu Sumber Terbuka yang dirasmikan oleh Naib\u00a0\u00a0Canselor UTM, YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail sempena\u00a0Majlis Amanat Naib Canselor UTM 2021. Menyusuri kembali sejarah transformasi sistem pengurusan perpustakaan yang bermula seawal tahun 1980an mengingatkan kita kepada Berlian (1986-1990), OPAC (1991-2000), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[172,175,174],"class_list":["post-8085","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-look-up","tag-ocean","tag-online-catalogue-for-easy-access-to-information","tag-sistem-katalog-atas-talian"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8085","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8085"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8162,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8085\/revisions\/8162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}