{"id":8590,"date":"2021-04-04T11:35:19","date_gmt":"2021-04-04T03:35:19","guid":{"rendered":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/?p=8590"},"modified":"2021-05-17T08:18:09","modified_gmt":"2021-05-17T00:18:09","slug":"normalizing-open-science-are-researchers-ready-to-share","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/2021\/04\/04\/normalizing-open-science-are-researchers-ready-to-share\/","title":{"rendered":"Normalizing Open Science: Are Researchers Ready To Share?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\">Open Science merupakan satu usaha untuk menjadikan penyelidikan untuk lebih mudah diakses. Satu inisiatif telah dilaksanakan dengan mengadakan perkongsian maklumat pada 30 Mac 2021 (Selasa), pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Panel jemputan terdiri daripada Prof. Dr. Abrizah Abdullah, Profesor, Jabatan Sains Perpustakaan &amp; Maklumat, Fakulti Sains Komputer &amp; Teknologi Maklumat, Universiti Malaya dan Prof. Dr. Rosli Md. Illias, Pengerusi, Health &amp; Wellness Research Alliances, Pejabat UTM Research Alliances, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia. Manakala moderator program ialah Pn. Noraziah Binti Sharuddin, Ketua Pustakawan, Jabatan Perpustakaan UTM, Universiti Teknologi Malaysia. Sebagai pengenalan Prof. Dr. Abrizah Abdullah telah berkongsikan serba sedikit bagaimana tercetusnya kesedaran berkaitan impak Open Science ini di Malaysia. Pada awalnya <em>open science<\/em> dikenali sebagai <em>open scholarship<\/em>. Prinsip antarabangsa menjadikan data penyelidikan supaya lebih bersifat mudah untuk dicari (<em>findable<\/em>), boleh diakses (<em>accessible<\/em>), boleh dikendalikan (<em>interoperable<\/em>) dan boleh digunakan semula (<em>reusable<\/em>) iaitu singkatannya adalah FAIR. Bukan sahaja akan mendemokrasikan pengetahuan malah ia akan mengukuhkan penyelidikan dan integriti saintifik terbuka, memungkinkan pengurusan penyelidikan yang lebih baik, dan mempromosikan penyelidikan intensif data.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8597 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-8.png\" alt=\"\" width=\"1139\" height=\"760\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-8.png 1139w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-8-980x654.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-8-480x320.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1139px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Prof. Dr. Abrizah Abdullah turut berkongsi mengenai MOSP &#8211; Malaysia Open Science Platform di Malaysia. Menurut beliau, MOSP merupakan salah satu daripada inisiatif Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang terdiri daripada pihak-pihak yang telah dilantik termasuk lima (5) universiti penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bagi makluman tambahan, tiga (3) bidang utama yang menjadi tumpuan MOSP ialah Dasar dan garis panduan (<em>policy and guideline<\/em>), Peningkatan keupayaan &amp; kesedaran (<em>capacity building &amp; awareness<\/em>) dan Prasarana (<em>insfrastructure<\/em>). Tujuan inisiatif ini adalah untuk mengumpul dan menjadikan data penyelidikan Malaysia sebagai aset nasional yang berharga dengan mengembangkan platform yang membolehkan pengaksesan dan perkongsian data penyelidikan sejajar dengan keutamaan nasional dan amalan terbaik antarabangsa.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8592 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-2.png\" alt=\"\" width=\"1600\" height=\"900\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-2.png 1600w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-2-1280x720.png 1280w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-2-980x551.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-2-480x270.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) and (max-width: 1280px) 1280px, (min-width: 1281px) 1600px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Manakala menurut Prof. Dr. Rosli Md Illias menyifatkan dalam konteks UTM dan level nasional, Open Science ini boleh diaplikasikan bergantung kepada kesedaran yang meliputi tanggungjawab saintis dan penyelidik, kemudahan platform yang memberi peluang dan ruang kepada penyelidik dan dasar kerajaan untuk nilai keterbukaan ilmu (<em>well-creation<\/em>). Hal ini kerana, UTM telah menjadi Research University selama 10 tahun maka para penyelidik telah sedar dan mengalami transformasi pemikiran mereka. Oleh itu, matlamat utama UTM ialah untuk menumpukan dasar-dasar penyelidikan yang mampu memberikan kesejahteraan kepada masyarakat. Beliau juga menerangkan contoh penggunaan Open Access dalam kalangan penyelidik apabila pengumpulan data bagi kajian DNA telah dihantar ke Journal antarabangsa seperti EMBL untuk diterbitkan. sekaligus membuktikan bahawa konsep ini telah diaplikasikan oleh para penyelidik di UTM.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8598 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-9.png\" alt=\"\" width=\"1139\" height=\"761\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-9.png 1139w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-9-980x655.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-9-480x321.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1139px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Menurut Prof. Dr. Rosli lagi, kekangan utama bagi penyelidik ialah dasar universiti yang mementingkan IP, kesediaan penyelidik mendedahkan data, sekutiti iaitu kejujuran untuk kerjasama antara penyelidik dan pihak penerbitan dan juga perakuan penyelidik meliputi <em>high citation<\/em> dan <em>good quartile<\/em>. Namun begitu, kekangan ini dapat diatasi dengan proses, kesedaran yang baik dan dasar yang jelas.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8591 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-1.png\" alt=\"\" width=\"1600\" height=\"900\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-1.png 1600w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-1-1280x720.png 1280w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-1-980x551.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-1-480x270.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) and (max-width: 1280px) 1280px, (min-width: 1281px) 1600px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Beliau bersetuju dan beranggapan bahawa penghargaan dan insentif merupakan salah satu motivasi untuk para penyelidik. Walau bagaimanapun, keikhlasan para penyelidik demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat adalah yang paling utama. Para penyelidik perlu mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap konsep akses terbuka dalam menggunakan sistem dan menyumbang kepada masyarakat. Para penyelidik perlu dididik untuk mengutamakan tanggungjawab sebelum memikirkan mengenai insentif tersebut. Beliau mengharapkan agar lebih banyak penglibatan para penyelidik dalam memahami kepentingan dan kebaikan konsep <em>open science<\/em>. Para penyelidk juga perlu diberikan pendedahan mengenai platform sedia ada, diberikan bantuan dan mewujudkan pelayan data (<em>data steward<\/em>). Para penyelidik juga perlu menyedari kepentingan dalam mewujudkan \u201cKnowledge society\u201d agar para penyelidik dapat bekerjasama demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8595 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-4.png\" alt=\"\" width=\"1488\" height=\"774\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-4.png 1488w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-4-1280x666.png 1280w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-4-980x510.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-4-480x250.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) and (max-width: 1280px) 1280px, (min-width: 1281px) 1488px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Selain perkongsian mengenai kelebihan yang bakal diperoleh oleh para penyelidik, Prof. Dr. Abrizah Abdullah turut berkongi mengenai Citizen Science iaitu salah satu daripada elemen Open Science. Menurut beliau, Citizen Science adalah hasil daripada kolaborasi di antara individu atau masyarakat dengan pihak penyelidik dalam menjayakan sesuatu kajian secara sukarela semasa proses ilmiah dalam pelbagai cara. Sebagai contoh adalah Projek My Manuscript yang telah dilaksanakan kepada golongan berusia yang mampu membaca dan menulis jawi telah terlibat secara langsung untuk membaca manuskrip tersebut. Selain itu, Projek Rimba ilmu hasil kerjsama oleh UM dan UMT telah melibatkan penyertaan pelajar sekolah untuk mengumpul data. Pelajar-pelajar dalam projek tersebut telah terlibat secara langsung untuk menamakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang ada. Golongan yang berusia serta pelajar-pelajar sekolah ini adalah contoh golongan Citizen Science seperti yang dibincangkan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8599 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-7.png\" alt=\"\" width=\"1377\" height=\"729\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-7.png 1377w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-7-1280x678.png 1280w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-7-980x519.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-7-480x254.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) and (max-width: 1280px) 1280px, (min-width: 1281px) 1377px, 100vw\" \/><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Sesi perkongsian ilmu ini telah membuka mata banyak pihak tentang revolusi yang berlaku dalam dunia penyelidikan di dunia dan Malaysia khususnya. Open Science telah mewujudkan peranan baru kepada para pustakawan sebagai <em>data steward<\/em> untuk membantu para penyelidik dalam penerbitan. Begitu juga, dengan peranan para penyelidik dalam menyesuaikan persekitaran norma \u201cOpen Science\u201d dalam penerbitan mereka. Diharapkan melalui platform perkongsian ilmu ini, masyarakat kita lebih berpengetahuan dan para penyelidik dapat menyebarkan ilmu dengan lebih mudah melalui Open Science.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-8594 size-full\" src=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-3.png\" alt=\"\" width=\"1489\" height=\"731\" srcset=\"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-3.png 1489w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-3-1280x628.png 1280w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-3-980x481.png 980w, https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-content\/uploads\/sites\/37\/2021\/04\/NOS-3-480x236.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) and (max-width: 1280px) 1280px, (min-width: 1281px) 1489px, 100vw\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Open Science merupakan satu usaha untuk menjadikan penyelidikan untuk lebih mudah diakses. Satu inisiatif telah dilaksanakan dengan mengadakan perkongsian maklumat pada 30 Mac 2021 (Selasa), pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Panel jemputan terdiri daripada Prof. Dr. Abrizah Abdullah, Profesor, Jabatan Sains Perpustakaan &amp; Maklumat, Fakulti Sains Komputer &amp; Teknologi Maklumat, Universiti Malaya dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":83,"featured_media":8600,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[23,197,92],"class_list":["post-8590","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-library-event","tag-k-sharing","tag-normalizing-open-science-are-researchers-ready-to-share","tag-perpustakaan-utm"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8590","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/users\/83"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8590"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8590\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8602,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8590\/revisions\/8602"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8600"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8590"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8590"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/library.utm.my\/utmlibrarynews\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8590"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}