OUR PROGRAM

Jerayawara Pemulangan & Pembaharuan Peminjaman Buku Di Perpustakaan Fakulti UTM

Perpustakaan UTM telah melaksanakan jerayawara sempena pemulangan dan pembaharuan peminjaman buku di Sekolah dan Perpustakaan Fakulti selama dua (2) hari bermula pada 28 hingga 29 Jun 2022

KEMPEN Check out & Redeem Your Mystery Gift

Unit Sirkulasi mengadakan kempen “Check out and redeem your mystery gift” sempena pameran buku di aras 3 terletak berhampiran dengan Kaunter Sirkulasi PSZJB bermula 18 Julai hingga 31 Julai 2022. Kempen ini terbuka kepada staf dan pelajar UTM. Minimum pinjaman adalah 3 buah buku bagi membolehkan peminjam menyertai cabutan bertuah. Buku yang dipinjam mestilah mempunyai pelekat berwarna oren.

Projek Penyusunan CP

Untuk makluman, Unit Sirkulasi di bawah Seksyen Pengurusan Koleksi telah melaksanakan Projek Penyusunan CP Tesis di Bilik Media bermula 10 Ogos sehingga 17 Ogos 2022.

Projek Kemaskini La​​bel Pintu Bilik Karel & Label Kunci Bilik Karel

Rentetan daripada Projek pembangunan peminjaman Bilik Karel yang terdapat di PSZJB dengan mengunakan Sistem Koha, dimaklumkan juga perkembangan terkini bagi Projek Kemaskini Label Pintu Bilik Karel dan Label Kunci Bilik Karel telah siap dilakukan dan proses menampal Label terbaru akan dilakukan pada Hari Ahad (7 Ogos 2022) bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.