Perpustakaan UTM telah melaksanakan jerayawara sempena pemulangan dan pembaharuan peminjaman buku di Sekolah dan Perpustakaan Fakulti  selama dua (2) hari bermula pada 28 hingga 29 Jun 2022. Antara Sekolah dan Perpustakaan Fakulti yang terlibat adalah Sekolah Sains, Sekolah Kejuruteraan Awam, Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Kesihatan, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga, Sekolah Pendidikan (FSSH), Azman Hashim Business School dan Sekolah Komputeran.

Seramai 13 orang staf dari Seksyen Pengurusan Koleksi, Perpustakaan UTM terlibat dengan program ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk  mengalakkan staf akademik, staf pelaksana dan pelajar di fakulti berkenaan untuk memulang buku dan memperbaharui tempoh peminjaman buku. Adalah diharapkan program ini dapat diadakan lagi bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan daripada pengguna.

 

Share this :