KEMPEN 2023

CHECK OUT OUR BOOKS & REDEEM YOUR HE&SHE VOUCHER

Pengenalan Kempen

Kempen ini merupakan satu langkah telah dilakukan oleh staf USK PSZJB Kumpulan A untuk meningkatkan kadar peminjaman bahan Perpustakaan UTM dengan mengadakan kempen Check Out Our Books and Redeem Your He&She voucher yang diadakan di Aras 3, bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZJB). Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) turut serta memeriahkan kempen ini di Aras 1.

Bahan-bahan bacaan berbentuk motivasi, travelog, masakan, kreatif, agama, kekeluargaan, ilmiah dan lain-lain merupakan bahan yang menarik dan sesuai untuk dipamerkan kepada para pengguna. Kempen ini telah diadakan selama 7 hari iaitu bermula pada 25 Jun 2023 hingga 1 Julai 2023. Inisiatif dari staf bagi mempromosikan kempen ini dalam pelbagai medium digunakan melalui Facebook, Telegram, E-mel rasmi pengguna, portal rasmi perpustakaan dan Digital Signage menjadi antara faktor sambutan baik terhadap kempen ini.

OBJEKTIF KEMPEN

  1. Meneruskan kempen yang dilaksanakan oleh Kumpulan A pada tahun 2022.
  2. Mempromosikan Pameran Bahan Baru di ruang legar berhadapan kaunter Sirkulasi.
  3. Meningkatkan kadar pinjaman bahan Perpustakaan UTM.
  4. Menggunapakai baucar He&She yang telah diberikan secara percuma oleh pihak cafe He&She dengan sebaiknya.

SYARAT-SYARAT KEMPEN

  1. Pengguna perlu meminjam bahan bacaan yang terdapat di ruang Pameran Bahan Baru
  2. Buku-buku yang ditanda dengan pelekat berwarba oren.
  3. Meminjam sekurang-kurangnya 3 buah buku sebelum memperoleh baucar He&She

PROSES KERJA

Pencarian Bahan

Mencetak senarai-senarai bahan baru yang diterima pada tahun ini dan mencari semula bahan yang telah disusun di rak.

Pelekat Oren

Menempatkan bahan-bahan baru di troli dan ditampal dengan pelekat oren.

Log Peminjaman Bahan

Merekod bahan-bahan untuk dipamerkan dimasukkan ke dalam Log Peminjaman Bahan.

Pemenang mengisi Log

Setiap pemenang perlu mengisi log keluar bahan sebelum mendapat baucar.

Menambah bahan di pameran

Slot buku yang kosong segera ditambah di ruang pameran.

GALLERY

PARA PEMENANG

Pelajar & Staf UTM

Kempen ini telah berjaya meningkatkan kadar pinjaman bahan perpustakaan iaitu sebanyak 150 naskhah pinjaman sepanjang kempen dijalankan selama seminggu.