Seiring dengan pemodenan globalisasi, bahan bacaan kini lebih mudah diakses melalui medium digital. Namun begitu, bahan bacaan secara bercetak ini masih mendapat tempat dalam kalangan pencinta buku. Satu langkah proaktif telah dilaksanakan oleh Unit Sirkulasi, Seksyen Pengurusan Koleksi, Perpustakaan UTM bagi meningkatkan kadar pinjaman bahan yang terdapat dalam perpustakaan ini. Langkah tersebut adalah dengan mengadakan kempen Check Out Our Books and Redeem Your He & She Voucher. Kempen ini dilaksanakan di kedua-dua bangunan perpustakaan UTM JB iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah dan juga Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Kempen ini telah diadakan selama 7 hari iaitu bermula pada 25 Jun 2023 sehingga 1 Julai 2023 di mana para pengguna perpustakaan boleh meminjam apa sahaja bahan dari koleksi layanan terbuka mengikut kategori pengguna. Perpustakaan UTM bukan hanya menyediakan bahan bacaan bersifat akademik, akan tetapi terdapat juga koleksi bahan bersifat bacaan umum sama ada fiksyen atau bukan fiksyen.

Sepanjang kempen ini berlangsung, ia telah memfokuskan kepada pinjaman bagi kategori bahan baru perpustakaan. Justeru, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh para pengguna yang ingin mendapatkan baucar He & She Coffee yang terhad ini. Syaratnya adalah pengguna perlu meminjam bahan-bahan bacaan yang hanya terdapat di pameran Bahan Baru. Buku-buku ini telah ditanda dengan pelekat berwarna oren. Seterusnya, para pengguna perlu meminjam sekurang-kurangnya 3 bahan bacaan sebelum boleh menuntut baucar He & She Coffee.

Sambutan hangat dan meriah oleh para pengguna terhadap kempen ini telah diterima seawal kempen ini bermula lagi. Inisiatif dari staf bagi mempromosikan kempen Check Out Our Books and Redeem Your He & She Voucher ini dalam pelbagai medium seperti di Facebook, Telegram, E-mel rasmi pengguna, Portal rasmi perpustakaan dan Digital Signage menjadi antara faktor sambutan baik terhadap kempen ini.

Kempen ini telah berjaya meningkatkan kadar pinjaman bahan di perpustakaan iaitu sebanyak 150 naskhah pinjaman dalam masa hanya seminggu. Rata-rata peminjam adalah dari kalangan pelajar dan staf UTM.

Berikut merupakan antara senarai nama peminjam yang layak menerima baucar He & She Coffee:

1.      Nurul Arifah binti Zainudin
2.      Isra Eltayeb Ahmed Eltayeb
3.      Nor Azhar bin Nasrudin
4.      Fatin Farhana binti Shuib
5.      Yugene Tee Chun Yang
6.      Chelsey Chua
7.      Chiang Yan
8.      Kasturi A/P Murugan
9.      Farhah Najihah binti Mat Azahar
10.     Nur Syahirah binti Mohd Yazid
11.     Hayuwayuni binti Udin
12.     Nur Athirah Aliah binti Jamil
13.     Siti Norain binti Mohd Taib
14.     Siti Khadijah binti Kamaruddin
15.     Danish Wazien bin Pozilan
16.     Hussain Youssef Hashim Karira
17.     Nur Alyya binti Nordin
18.     Jennifer Liew Cai Rong
19.     Muhammad Hafizuddin bin Hamzah
20.     Muhammad Syakir Za’im bin Mohd Zaidi

Diharapkan kempen seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan budaya membaca dapat kekal subur dalam kalangan pelajar mahupun dari segenap lapisan masyarakat.

Laporan disediakan oleh: Rafiqah Hakima Che Rahim

Share this :