PROJEK 2023
INVENTORI BAHAN
shelf directory aras 5
Projek inventori bahan bacaan telah bermula pada 6 Ogos 2023 sehingga 30 November 2023 di mana bahan perlu di input ke dalam sistem Shelf Directory aras 5 di bangunan PSZJB bagi memenuhi keperluan KeyHIR-033 – User Profiling Integration with the Library System.
Penyelaras bagi projek Shelf Directory ialah En Mohd Admin dan Penyelia projek ini ialah Puan Norhafisah Zakaria. Manakala penyelaras pergerakan staf di USK PRZS mengikut giliran floating ialah Cik Tuan Syahirah.

JANUARI 2023
Membuat semakan dan mengenalpasti rak-rak yang padat dengan buku di Aras 5.

FEBRUARI 2023
Kenalpasti buku-buku yang terdapat kulat di Aras 5.

OGOS 2023
Proses pengasingan & pemindahan buku-buku yang dijangkiti kulat.

SEPTEMBER 2023
Proses anjakan rak yang melibatkan keseluruhan rak di Aras 5.

OKTOBER 2023
Melakukan proses inventori bahan ke dalam Sistem Shelf Directory.

NOVEMBER 2023
Projek inventori bahan telah berjaya mencapai sasaran pada tahun 2023 iaitu sebanyak 58 rak layanan terbuka sejumlah 105,302 naskhah buku.
PROSES KERJA
LANGKAH 1 – PENGASINGAN DAN PEMINDAHAN BAHAN YANG DIJANGKITI KULAT
- Mengenalpasti bahan yang berkulat.
- Bahan yang berkulat diasingkan di troli yang disediakan khas.
- Mengambil Statistik jumlah bahan yang dijangkiti kulat.
- Bahan yang berkulat tersebut diasingkan dan diletakkan di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.
LANGKAH 2 – ANJAKAN RAK LAYANAN TERBUKA di aras 5
- Mengenalpasti rak yang padat dengan buku.
- Anjakan dan menyusun buku dilakukan di rak yang berkenaan agar memudahkan proses inventori.
LANGKAH 3 – PROJEK INVENTORI BUKU KE SISTEM SHELF DIRECTORY
- Proses Input / menyenaraikan semua kategori rak di Aras 5 ke dalam Sistem Shelf Directory dilakukan oleh Puan Zuraini.
- Proses inventori buku ke dalam sistem dengan melakukan proses scan barkod di setiap bahan.
KERJASAMA STAF USK PRZS DALAM PROSES INVENTORI SHELF DIRECTORY
Staf USK PRZS (floating) datang membantu dalam scan barkod buku bagi mempercepatkan proses inventori Shelf Directory.
inovasi menambahbaik proses kerja

Pelbagai inovasi yang telah dilakukan oleh staf USK PSZ untuk menambahbaikan proses kerja Shelf Directory ini seperti:
1. Inovasi Scanning barkod buku dengan menggunakan telefon bimbit, kabel USB dan alat pengimbas barkod bagi mempercepatkan proses inventori bahan di rak berkenaan.
2. Inovasi meja beroda sebagai penambahan alternatif yang baru bagi memudahkan staf kumpulan lain menggunakan meja beroda pada waktu yang sama.

“Terima kasih kepada semua terlibat di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang projek ini berjalan dan diharapkan Unit Sirkulasi (USK) kekal teguh dengan komitmen untuk memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi oleh Perpustakaan UTM.”