OUR PROGRAM
Jerayawara Pemulangan & Pembaharuan Peminjaman Buku Di Perpustakaan Fakulti UTM
Perpustakaan UTM telah melaksanakan jerayawara sempena pemulangan dan pembaharuan peminjaman buku di Sekolah dan Perpustakaan Fakulti selama dua (2) hari bermula pada 28 hingga 29 Jun 2022
KEMPEN Check out & Redeem Your Mystery Gift
Unit Sirkulasi mengadakan kempen “Check out and redeem your mystery gift” sempena pameran buku di aras 3 terletak berhampiran dengan Kaunter Sirkulasi PSZJB bermula 18 Julai hingga 31 Julai 2022. Kempen ini terbuka kepada staf dan pelajar UTM. Minimum pinjaman adalah 3 buah buku bagi membolehkan peminjam menyertai cabutan bertuah. Buku yang dipinjam mestilah mempunyai pelekat berwarna oren.

Projek Penyusunan CP
Untuk makluman, Unit Sirkulasi di bawah Seksyen Pengurusan Koleksi telah melaksanakan Projek Penyusunan CP Tesis di Bilik Media bermula 10 Ogos sehingga 17 Ogos 2022.
Projek Kemaskini Label Pintu Bilik Karel & Label Kunci Bilik Karel
Rentetan daripada Projek pembangunan peminjaman Bilik Karel yang terdapat di PSZJB dengan mengunakan Sistem Koha, dimaklumkan juga perkembangan terkini bagi Projek Kemaskini Label Pintu Bilik Karel dan Label Kunci Bilik Karel telah siap dilakukan dan proses menampal Label terbaru akan dilakukan pada Hari Ahad (7 Ogos 2022) bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Sistem peminjaman Bilik Karel PSZJB mengunakan Koha
- Bermula Ogos 2022 di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah Johor Bahru. Sebelum inovasi mengunakan Koha dilakukan, Unit Sirkulasi mengunakan Excel sebagai kaedah peminjaman bilik-bilik kepada penguna.
Borang Tempahan (Online Form) Bilik Perpustakaan Sultanah Zanariah
- Borang Tempahan (Online Form) Bilik Perpustakaan Sultanah Zanariah dan dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah mula digunakan pada 15 Ogos 2022
Borang kajian Kepuasan Khidmat Pelanggan mengunakan QR Code
- SUK telah melaksanakan Kajian Kepuasan Khidmat Pelanggan dengan mengunakan QR Code bermula September 2022. Penguna perpustakaan UTM akan scan QR Code dan mengisi borang penilaian terhadap staf yang berada di kaunter.
Projek RFID Tagging
- Projek RFID Tagging ini telah bermula sejak tahun 2021 (Fasa1) dan disambung semulap ada tahun 2022. Bagi Fasa dua (2) Projek RFID Tagging bermula dari 06 hingga 30 September 2022.
Projek Kemaskini Label Pintu Bilik Karel & Label Kunci Bilik Karel
- Unit Sirkulasi juga menjalankan Projek Kemaskini Label Pintu Bilik Karel dan Label Kunci Bilik Karel telah siap dilakukan dan proses menampal Label terbaru akan dilakukan pada Hari Ahad (7 Ogos 2022).
Borang kajian Kepuasan Khidmat Pelanggan mengunakan QR Code
- SUK telah melaksanakan Kajian Kepuasan Khidmat Pelanggan dengan mengunakan QR Code bermula September 2022. Penguna perpustakaan UTM akan scan QR Code dan mengisi borang penilaian terhadap staf yang berada di kaunter.