Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) kelainan upaya penglihatan

Cabaran Telaah Cilik

Membina budaya membaca, mencambah pemikiran kritis

Latar Belakang Program

Cabaran Telaah Cilik ialah program diskusi kritis terhadap bahan bacaan terpilih terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) kelainan upaya penglihatan di Negeri Johor.

FORMAT

Rakaman video sesi telaah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

FOKUS

Tema, watak dan perwatakan, nilai, mesej serta kaitan dengan kehidupan semasa

KERJASAMA

Jabatan Perpustakaan UTM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, dan SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth

Objektif Program

Membudayakan Pembacaan

Membaca, menelaah dan menghayati karya agung Melayu

Pemikiran Kritis

Memahami, menganalisis dan interpretasi karya secara kritis

Kemahiran Berhujah

Mengemukakan pandangan dan idea secara jelas, tersusun dan bernas

Penghayatan Nilai

Menghubungkait tema, nilai dan mesej   dengan kehidupan semasa

Penyertaan Inklusif

Memperluas platform pembudayaan ilmu untuk MBKP ketidakupayaan penglihatan

Ringkasan Program

Program Cabaran Telaah Cilik merupakan kesinambungan daripada Program Telaah, iaitu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh pembudayaan ilmu dan amalan membaca. Program ini diperluas ke sekolah pendidikan khas bagi menyemarakkan budaya membaca, memberikan pengalaman pembelajaran baharu serta merangsang pemikiran kritis dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Kelainan Upaya Penglihatan di Negeri Johor.

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar MBK Kelainan Upaya Penglihatan di Negeri Johor

Hebahan & Pendaftaran

Bahan Telaah

Finalis akan ke peringkat akhir

Bahan Telaah

Garis Masa Pelaksanaan

16-30 September 2026

Hebahan dan Pendaftaran

1-30 Oktober 2026

Penyediaan dan Muatnaik Video

2-4 November 2026

Saringan Video oleh Urusetia

5 November 2026

Penjurian Akhir

26 November 2026

Majlis Penutup

Kaedah Penyertaan

Tempoh Muat Naik

1 hingga 30 Oktober 2026

Durasi Video

8 minit

Platform

Facebook rasmi sekolah

Tatacara
Muat Naik

1. Sediakan satu video sesi kupasan karya melibatkan 1 orang panel dan 1 orang moderator, dengan durasi 8 minit.

2. Muat naik video melalui Facebook rasmi sekolah dan tag akaun rasmi Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (facebook.com/library.utm)

3. Muat naik video bagi tujuan rekod dan saringan melalui borang yang disediakan.

Klik untuk muat naik

Rakan Strategik

Jabatan Perpustakaan UTM

Jabatan Perpustakaan UTM

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth

SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth

UTM Open Day