Simposium Antarabangsa

Kepustakaan, Terjemahan dan Kecerdasan Buatan

(LiTr.AI) 2026

3 - 4 Jun 2026 | Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

"Keberadaan Ilmu, Bahasa dan Budaya dalam Era Kecerdasan Buatan: Menerawangkan Kesempurnaan"

Penganjuran Simposium Antarabangsa Kepustakaan, Terjemahan dan Kecerdasan Buatan (LiTr.AI) 2026 merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Perpustakaan Jakarta dan Pusat Dokumentasi Sastra H.B. Jassin dalam memperkukuh jaringan ilmu, kesusasteraan, dokumentasi manuskrip dan pemindahan pengetahuan serantau.

Kerjasama ini bermula melalui Seminar Pengantarabangsaan Manuskrip Nusantara di Jakarta sempena penyertaan Malaysia dalam Indonesia International Book Fair (IIBF) 2024 yang memfokuskan pemeliharaan, pendigitalan dan pengantarabangsaan manuskrip Melayu–Nusantara. Sinergi tersebut diteruskan menerusi penglibatan ITBM sebagai rakan kolaborasi dalam Simposium Festival Sastra H.B. Jassin 2025 yang memberi tumpuan kepada perkembangan sastera, penerbitan, penterjemahan dan peranan institusi ilmu dalam memperkasa warisan intelektual serantau.

Berteraskan kejayaan kedua-dua program tersebut, ITBM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama-sama Perpustakaan Jakarta dan Pusat Dokumentasi Sastra H.B. Jassin sekali lagi berganding bahu menganjurkan Simposium Antarabangsa LiTr.AI 2026 sebagai platform yang menghimpunkan sarjana, pustakawan, penterjemah, penggiat industri buku dan pakar teknologi untuk membincangkan hubungan antara kepustakaan, penterjemahan dan kecerdasan buatan (AI). Penganjuran simposium ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem ilmu dan budaya membaca melalui kerjasama rentas negara, di samping memastikan warisan intelektual serantau terus relevan dan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi global.

Menyingkap Masa Depan Kesusasteraan dan Kecerdasan Buatan (AI)

“Pembangunan negara tidak boleh hanya berlandaskan pencapaian fizikal atau projek mega semata-mata. Sebaliknya, ia harus turut diperkaya dengan nilai, identiti serta elemen budaya yang mencerminkan citra Malaysia yang unik dan berakar dalam sejarah serta jiwa rakyatnya. Usaha memperluas kefahaman masyarakat terhadap konsep budaya tidak seharusnya dilihat secara sempit seperti sekadar muzik atau pakaian tradisional tetapi sebagai satu sistem nilai yang merangkumi cara hidup, pemikiran dan warisan bangsa.”

– Petikan hantaran Facebook YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, semasa menerima Kunjungan Hormat Ahli Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) pada 10 Julai 2025.

Sub Tema

Evolusi perpustakaan dan ekosistem ilmu

Bahasa dan terjemahan sebagai pengantara ilmu dan budaya

Pemerkasaan karya agung sebagai teras pemikiran insani

Inovasi penerbitan dan ilmu dalam ekosistem kecerdasan buatan

Menyeimbangkan Kemajuan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Nilai Sejagat

Pemerkasaan Budaya Membaca dan Literasi Digital

Pengucaptama

Pengucaptama 1

YBhg. Prof. Dr. Goh Sang Seong
YBhg. Prof. Dr. Goh Sang Seong

Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka

Pengucaptama 2

Dr. Nasruddin Djoko Surjono
Dr. Nasruddin Djoko Surjono

Kepala Dinas Perpustakaan dan Kearsipan Provinsi DKI Jakarta

UTM Open Day