Program k-Sharing 10 manfaat sebagai Kaunselor International Union For Conservation Of Nature (IUCN) telah diadakan pada 9 Jun 2020 secara webex dan ditonton secara lansung di facebook Perpustakaan UTM. Panel jemputan adalah Profesor Dr. Amran Bin Hamzah, Ketua Kumpulan Penyelidik Perancangan Pelancongan, Fakulti Alam Bina & Ukur, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga merupakan Regional Councillor, International Union For Conservation Of Nature.

Perkongsian pengalaman sebagai Kaunselor International Union For Conservation Of Nature (IUCN) ini bertujuan sebagai sumber inspirasi kepada semua terutama pelajar UTM dan masyarakat secara amnya. Beliau memulakan dengan membezakan definisi councillor dan counsellor. Councillor adalah ahli council yang dilantik untuk memberi panduan dari segi perundangan dan dasar, manakala counsellor adalah seseorang yang dilatih untuk memberi nasihat dari segi kerjaya, psikologi, perkahwinan dan lain-lain. Councillor dilantik 4 tahun sekali di World Conservation Congress dan councillor hanya boleh dilantik untuk 2 penggal iaitu 8 tahun. Council berperanan dalam menentukan strategic direction, dasar dan menjalankan oversight kepada program IUCN. Mesyuarat Council diadakan 2 kali setahun di ibu pejabat IUCN di Gland, Switzerland.

International Union For Conservation Of Nature (IUCN) adalah sebuah organisasi pemeliharaan tertua di dunia dan ditubuhkan pada 1948. Kesatuan terdiri daripada organisasi kerajaan, NGO dan masyarakat awam yang aktif dalam 180 buah negara. IUCN mempunyai lebih daripada 1,400 buah organisasi dan menerima input dari lebih 15,000 orang pakar. UCN melahirkan WWF dan the Convention of Biological Diversity (CBD). Ibu pejabat IUCN berada di Gland, Switzerland. Ibu pejabat terdiri daripada empat komponen iaitu Sekretariat, Council, 6 Commissions dan ahli-ahli. IUCN berperanan sebagai Global Authority On The Status Of The Natural World And The Measures Needed To Safeguard It. 6 commissions terdiri daripada World Commission on Protected Areas (WCPA), Commission of Education and Communication (CEC), Commission on Ecosystem Management (CEM), Commission of Environmental, Economic and Social Policy (CEESP), Species Survival Commission (SSC) dan World Commission on Environmental Law (WCEL).

Fokus kepakaran IUCN adalah di dalam bidang Biodiversity Conservation, Protected Area Management, Nature Based Solutions, Nature Resource Governance, IUCN Red List, IUCN Green List dan World Conservation Congress. Skop aktiviti IUCN merangkumi Climate Change, Biodiversity Loss, Disaster Reduction, Rights of Indigenous Communities, Wildlife Smuggling, Sustainable Tourism, World Heritage, Traditional Ecological Knowledge dan Urban Ecology.

Penglibatan panel sebagai councillor IUCN bermula dengan penglibatan aktif dalam aktiviti IUCN WCOA Asia pada tahun 2009. Beliau dilantik sebagai Deputy Vice Chair IUCN WCPA Asia pada 2011 dan seterusnya dilantik sebagai Co-chair IUCN TILCEPA pada 2013. Beliau dilantik sebagai IUCN Regional Councillor semasa World Conservation Congress di Hawaii pada 2016. Beliau turut dicalonkan untuk bertanding di WCC di Marseille, France pada Januari 2021. Di antara kualiti seorang kaunselor adalah mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan pemeliharaan, perlu mengorbankan masa dan tenaga, komitmen dan etika kerja yang tinggi serta kemahiran komunikasi yang mantap.

Terdapat sepuluh (10) manfaat sebagai councillor IUCN seperti berikut:

1.      Meningkatkan ilmu pengetahuan
IUCN adalah sebuah repositori ilmu yang mengandungi amalan terbaik, garis panduan, penerbitan, penyelidikan dan lain-lain. Ia juga mempunyai platform perkongsian ilmu secara digital dan specialist groups di bawah 6 Commissions sentiasa menerajui penyelidikan cutting edge dan councillors turut mendapat akses kepada penerbitan terkini

2.      Memperluas worldview
Pendedahan kepada kepelbagaian ideologi dan sistem nilai termasuk perspektif global dan geopolitik dari 33 councillor lain dari benua berbeza.

3.      Raising the bar
Pendedahan kepada gold standard dari segi perbincangan, proses membuat keputusan dan output Council. Ini secara tidak lansung turut menaik tahap aras professionalism dan hasil kerja individu dengan tahap antarabangsa. Selain daripada itu, proses raising the bar juga diaplikasikan untuk ahli-ahli Tourism Planning Research Group (TPRG). RO/RA yang lebih 10 tahun bersama TPRG kini selesa dengan expectations yang tinggi. Penyediaan laporan lebih daripada 5 deraf laporan sebelum diterima adalah perkara biasa.

4.      Menaikkan nama UTM
Walaupun pelantikan councillor bersifat individu tetapi ianya mencerminkan nama dan reputasi UTM setiap kali menghadiri mesyuarat. TPRG UTM turut diberi kepercayaan untuk menjalankan projek IUCN dan ianya adalah sebahagian daripada proses raising the bar.

5.      Memperluaskan networking
Setiap councillor mempunyai rangkaian yang luas dan ramai councillor merupakan CEO agensi masing-masing.

6.      Pengumpulan bahan rujukan
Berpeluang untuk mengumpul bahan dengan tajuk kontemporari samada bercetak atau digital.

7.      Akses kepada geran penyelidikan
Boleh mendapat geran penyelidikan menggunakan nama ahli kumpulan penyelidikan bagi mengelakkan kepentingan peribadi.

8.      Jemputan ke Jawatankuasa serta acara nasional and antarabangsa
Councillors sentiasa dijemput untuk menganggotai jawatankuasa dan sebagai keynote/ expert panellist peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, councillor juga dijemput sebagai Master Trainer untuk training workshops anjuran IUCN Asia Regional Office dan juga dilantik sebagai jawatankuasa acara nasional.

9.      Bahan untuk pengajaran
Menggunakan kajian kes terkini, berkongsi amalan terbaik, metodologi, teknik dan nilai tambah kepada bahan pengajaran.

10.     Knowledge transfer
Salah seorang pelajar beliau ditaja untuk menghadiri IUCN World Conservation Congress di Hawaii pada tahun 2016 sebagai IUCN WCPA Young Professionals.

Di antara cabaran adalah memahami complexity IUCN, menggalakkan pensyarah muda untuk keluar dari zon selesa dan memastikan succession planning melalui pendekatan mentoring.

Akhir kata, penglibatan aktif sebagai councillor telah meningkatkan kualiti, keyakinan serta kebolehan beliau sebagai seorang pendidik. Outcome yang paling significant adalah kejelasan (clarity) dari segi pemikiran, hujah, penghasilan idea dan penyampaian. Beliau menggalakkan pensyarah muda untuk menceburi arena antarabangsa seawal yang boleh.

 

 

Share this :