Seramai 25 orang pelajar dan 12 orang guru pengiring dari Kolej Vokasional Muadzam Shah, Kuantan, Pahang telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Raja Zarith Sofiah pada 27 September 2018 yang lepas.  Lawatan adalah bersempena dengan Program Delegasi Dua Penjuru antara Majlis Perwakilan Pelajar UTM bersama kolej tersebut.

 

 

 

 

Lawatan berpandu ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik daripada pelajar dan guru. Besar harapan PRZS agar hasil lawatan ini dapat menerapkan semangat dan minat dalam kalangan pelajar untuk meneruskan pembelajaran di UTM di peringkat Sarjana Muda dan peringkat seterusnya.

 

 

 

 

 

Program Delegasi Dua Penjuru antara Majlis Perwakilan Pelajar UTM bersama Kolej Vokasional Muadzam Shah, Kuantan, Pahang ini memfokuskan kepada perbincangan yang efektif tentang pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar. Selain itu, ianya bertujuan untuk menjadikan pertemuan ini sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan, idea, dan pengalaman tentang program yang telah dianjurkan oleh kedua belah pihak.

Share this :