En Mohd Fuad Mohamed Yusof, Pustakawan Kanan dan En. Fakhrul Zaman Mohamad Sambas, Pembantu Kurator bertanggungjawab mengendalikan lawatan dari Muzium Diraja Abu Bakar yang terdiri daripada Timbalan Pengarah merangkap Kurator bersama tiga orang staf yang lain.
Lawatan ini diadakan pada 30 Julai 2018 (Isnin) dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Selain daripada lawatan ruang pameran utama, Galerium UTM, pelawat juga dibawa untuk melihat dengan lebih dekat jubah dan koleksi tengkolok konvokesyen UTM, kerja-kerja konservasi serta berpeluang melihat koleksi perolehan Galerium yang baru diterima.
Antara agenda lain semasa lawatan ini adalah perkongsian maklumat daripada Kurator Muzium Diraja Abu Bakar Johor Bahru yang berkisar kaedah konservasi dan kaedah pameran serta storan bahan di Muzium Diraja Abu Bakar.