Sekalung TAHNIAH kepada Perpustakaan UTM apabila muncul sebagai Pemenang Pameran Terbaik sempena Majlis Perasmian Pelancaran Read@Uni yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mazslee Malik di UiTM Shah Alam pada 29 November 2018.
Program Read@Uni adalah inisiatif Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam di dalam menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah Dekad Membaca 2021-2030. Program ini akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektifnya adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi.
Syabas dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat di dalam menjalankan tugasan dan amanah dengan jayanya.
Artikel disediakan oleh Pn. Khairulbahiyah Yaakub