Perpustakaan Raja Zarith Sofiah sekali lagi dipilih menjadi lokasi Persidangan Pustakawan Perpustakaan UTM 2018/2019 yang berlangsung selama dua hari dari 18 hingga 19 Disember 2018. Satu sesi pra persidangan telah diadakan pada 16 Disember 2018 melibatkan semua pengurusan tertinggi Perpustakaan UTM bagi pembentangan pencapaian Key Amal Indicator (KAI) Perpustakaan 2018 dan perancangan KAI untuk tahun 2019.
Persidangan Pustakawan pada 18 Disember 2018 dimulakan dengan kata-kata aluan yang disampaikan oleh Puan Norasikin Mohamad, Timb. Ketua Pustakawan (Perancangan dan Pembangunan) diikuti dengan sesi pembentangan oleh Ketua Pustakawan, Puan Noraziah Sharuddin mengenai halatuju serta perancangan strategik Perpustakaan UTM untuk 2019 dengan tema Ke Arah Perkhidmatan Perpustakaan Berimpak Tinggi. Puan Ketua Pustakawan turut menyentuh tentang dunia kepustakawanan masa kini serta usaha bagi mendepani cabaran dan melihatnya sebagai peluang untuk kekal relevan.
Seterusnya pustakawan diberikan tugasan untuk merancang serta memperincikan KAI dari perspektif stakeholder, financial, learning growth dan internal process. Pada 19 Disember 2018, berlangsungnya sesi pembentangan kumpulan bagi membahaskan idea serta inisiatif untuk penambahbaikan. Seterusnya, Puan Haliza Zainal selaku Ketua Rapporteur membuat rumusan bagi perjalanan persidangan dan diikuti oleh pembentangan KAI 2018/2019 oleh Puan Norasikin Mohamad, Timb. Ketua Pustakawan. Persidangan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pustakawan, Puan Noraziah Sharuddin.
Semoga perancangan strategik ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang melalui kerjasama yang kukuh dari warga Perpustakaan UTM.
With Knowledge We Lead