Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar dan staf UTM, pihak Perpustakaan UTM mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya ini dengan mengadakan sesi perkongsian ilmu bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke 61.

Program ini telah dianjurkan pada 5 September 2018 yang lepas. Seramai dua orang panel telah dijemput iaitu LT. KDR. (B) Mohd. Sharif Bin Kalam (antara tiga individu yang bertanggungjawab menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sewaktu pengumuman kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957) dan En. Muhammad Qaim Qays Bin Azmi (Ketua Bahagian Persuratan & Sejarah, Yayasan Warisan Johor) serta seorang moderator iaitu Prof. Madya Dr. Kassim Bin Thukiman (Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan) bagi menjayakan program tersebut.

Share this :