Strategik & Realistik. Itulah yang dapat dirumuskan dalam Majlis Amanat Tahun Baru Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Dr Maszlee Malik  yang telah diadakan pada 14 Januari 2019, Isnin di Universiti Putra Malaysia. Ianya dipancarkan secara lintas langsung dari Dewan Senat, Bangunan Canselori  Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru dan disaksikan oleh seluruh warga UTM. Antara intipati penting dan berinspirasi yang terkait dengan agenda Perpustakaan dan membaca adalah :-

“Menggalakkan universiti untuk menyuburkan budaya dialog, forum, debat, wacana dan program-program lain yang bersifat intelektual”

“Sistem perhubungan antara perpustakaan seluruh universiti akan ditambah baik”

“Buku ialah pintu kepada imaginasi. Hanya dengan membaca, anak-anak hari ini boleh bermimpi untuk menjejak impian mereka.” – #malaysiamembaca

“Janganlah takut untuk bercita-cita, sama-samalah kita menggembleng tenaga demi memugar masa hadapan anak bangsa yang lebih cerah.”

Perpustakaan UTM mendukung sepenuhnya amanat ini dan akan terus komited di dalam melaksanakan tanggungjawab di dalam memperkasa program pembudayaan ilmu dan memupuk budaya di kalangan warga UTM dan komuniti di sekitarnya. Sekaligus merialisasikan hasrat kerajaan ke arah negara membaca pada tahun 2030. #malaysiamembaca

Ayuh!

Disediakan oleh Pn Liza Porijo

Share this :