Bersempena dengan matlamat Read@Uni #malaysiamembaca program Read & Relax Siri 2/19 diteruskan lagi. Program ini diadakan pada 31 Januari, Khamis jam 2.30 hingga 3.30 petang, di Ruang Read & Relax PRZS, Aras 1 . Moderator untuk Sesi Read & Relax pada kali ini ialah En Mohd Yusrul Hisham Bin Mohd Yusof manakala Pn Nurfarain Binti Daud sebagai pelapor bagi siri tersebut.

 

 

Sesi kali ini disertai oleh dua (2) orang pengulas yang terdiri daripada kalangan staf Perpustakaan iaitu :-

 

Puan Kamariah Mohamed Jong mengulas buku bertajuk Musafir Cinta 4 MusimBuku ini berkaitan dengan kehidupan peribadi penulis, Prof Faridah Awang yang mengisahkan pahit manis dan pengorbanan seorang wanita bergelar ibu tunggal yang meneruskan kehidupannya di Amerika Syarikat bagi mencapai impiannya tanpa mengenal erti putus asa serta penat lelah.

 

Puan Zafarina Dol mengulas buku bertajuk Surat-Surat Perempuan Johor

 

Buku ini merupakan karya terbaik Faisal Tehrani yang menyentuh emansipasi dan kejituan jati diri perempuan-perempuan Islam Timur. Buku ini sangat menarik perhatian kerana mengandungi warkah-warkah dan juga surat-surat yang dikarang melalui sajak dan pantun Watak utama Ungku Hamidah dan Ungku Nur yang benar-benar memegang jati Islam dan Timur dalam diri keras menentang sekularisme dan apa saja dakyah barat yang merosak generasi perempuan-perempuan Melayu ketika itu. Termasuklah dalam bab hubungan lelaki perempuan yang secara fitrahnya berkeinginan untuk sayang menyayangi.

Disediakan oleh Pn Noraini Yahya

Share this :