Pihak Perpustakaan UTM telah menganjurkan satu Program Pembudayaan Ilmu dengan kerjasama dari pihak Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Kesihatan (SKBSK) pada 8 Mei 2019 jam 2.30 petang.
Program K-Sharing yang bertajuk Penyakit Zoonotic Pada Haiwan Kesayangan Bagaimana Menghindarinya ini telah disampaikan oleh Dr. Fuziaton Baharudin, Pensyarah dari SKBSK.
Sesi perkongsian ilmu ini juga merupakan kesinambungan daripada Pameran Produk Inovasi oleh pelajar-pelajar dari SKBSK dan Azman Hashim International Business School (AHIBS).
Sesi ini dapat menarik minat kepada pencinta-pencinta haiwan peliharaan terutamanya kucing bagi mencari ilmu pengetahuan yang lebih tepat tentang penjagaan haiwan peliharaan mereka. Dr. Fuziaton telah menerangkan beberapa jenis virus dan penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan kepada haiwan peliharaan tersebut malah ada juga yang boleh berjangkit kepada manusia. Selain turut berkongsi bagaimana kaedah rawatan yang sesuai kepada haiwan peliharaan ini, Dr. Fuziaton turut berkongsi tips dalam menjaga haiwan comel ini.
Disediakan oleh: Pn Norashikin Johari