Read & Relax Siri 9 bagi bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah diteruskan lagi pada 09 Mei, Khamis jam 11.30 hingga 1.00 petang, di Ruang Terbuka, Aras 1, PRZS. Moderator untuk Sesi Read & Relax pada kali ini ialah En Mohamad Fahiezan Md. Zan manakala Noor Amirul Amin bin Ahmad sebagai pelapor.

Sesi ini menampilkan seramai dua orang pengulas yang terdiri daripada : –

  1. Puan Shitynoor Ahmad Nizam
  2. Encik Mohd Syafiq Firdaus Mohd Nazir

Puan Shittynoor Ahmad Nizam mengulas buku bertajuk Drama Wonder Emak

Buku hasil karangan Salwa Saleh diterbitkan dalam Bahasa Malaysia keluaran 2018 yang mengandungi 217 muka surat dan diterbitkan oleh KATA – Pilar Books yang berharga RM26.00.

Buku ini adalah koleksi peribadi Pn Shitynoor dan dibawah kategori Bacaan Umum. Menyedari cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh insan bergelar ibu, penulis Salwa Mohd. Saleh, berkongsi pengalaman peribadinya menguruskan empat orang cahaya mata menerusi buku ini. Di samping itu, penulis juga berkongsi cerita pengalaman sendiri yang disampaikan menerusi karikatur ringkas yang mudah difahami menerusi buku beliau termasuk juga tip-tip DIY dalam membantu para emak dalam menguruskan anak dan rumahtangga.

Pengulas tertarik untuk membaca buku ini kerana ianya mempunyai banyak persamaan dalam menguruskan hal keluarga.

Encik Mohd Syafiq Firdaus Mohd Nazir mengulas buku bertajuk TORA Datang lagi : Kitab Pengetahuan Kanak-kanak

Buku hasil karangan Amirul Bozu diterbitkan pada tahun 2015 mengandungi 300 muka surat dan diterbitkan oleh DUBOOK Press. Buku ini berharga RM25.00 senaskah.

Buku yang berjudul “Tora Datang Lagi” berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut “timeline” zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau “scene” kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. “Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”

Pengulas tertarik untuk membaca buku ini kerana ianya mengimbau memori zaman kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang membesar pada tahun 90an. Sebagai contoh pengalaman mengumpul komik, mandi sungai, tape video, bermain bola dan sebagainya. Para pendengar juga tidak ketinggalan dalam berkongsi pengalaman sendiri bercerita kisah waktu kecil  mereka kepada semua.

Disediakan oleh Noraini Yahya

Share this :