Pada 23 April 2019 telah berlangsung program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Dataran Geologi, Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor Bahru. Program ini merupakan acara tahunan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dan diadakan serentak di seluruh Malaysia. Penganjuran program pada kali ini merupakan sinergi bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Tenaga.

Program bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengahari.
Program dimulakan dengan Sesi Read & Relax pada jam 9.30 pagi oleh staf akademik dan juga mahasiswa. Antara panel yang terlibat ialah :
1) Prof. Madya Dr. Zainul Akmar Zakaria – Quiet Leadership : Winning Hearts, Minds and Matches
2) Muhammad Luqman Mohd. Ridzwan – Escape from Shangri-La
3) Azanni Nur Izzati Jamaludin – The Magic of Thinking Big
4) Muhammad Zainuddin Arriafdi – Moderator

Seterusnya, tepat jam 11.00 pagi, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi Sekolah (Kualiti & Strategi) YBrs. Prof. Dr. Mat Uzir bin Wahit diiringi oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM, Puan Noraziah Sharuddin. Sebagai tanda sokongan kepada program ini, kesemua peserta yang hadir ke program tersebut telah diminta untuk membaca bahan bacaan masing-masing selama 10 minit. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan dari seluruh warga kampus UTM.

Disamping itu, Perpustakaan UTM turut membuka kaunter Maklumat Penyelidikan dan Penerbitan, Book Exchange dan Jerayawara kepada peserta yang hadir. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Disediakan oleh Syazwani Syamimi Binti Mat Pauzi.

Share this :