Tamat sudah Program Jom Baca, sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diadakan pada 23 April 2019 di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.

Sebanyak 4 program telah dirancang sepanjang hari yang semestinya memberikan info yang bermanfaat sekaligus
menyokong program yang disambut seluruh dunia iaitu “Jom Baca Bersama untuk 10 minit “.

Program ini dirasmikan oleh Pro Naib Canselor Kampus UTMKL iaitu Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin dan mendapat sokongan dari stafdan pelajar di UTMKL. SYABAS diucapkan.

Selain itu, perkongsian dari 3 panel lain iaitu PM. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah menerusi perkongsian berkaitan Hak Cipta UTM, Sesi Bersama Penulis En. Khairul Abdullah yang mengupas buku yang bertajuk Mentaliti Masih Jamban dan IEEEXPLORE Training oleh Mr. Edward Kennedy telah menyemarakkan lagi Program Jom Baca kali ini.

Tahniah juga kepada 10 pemenang Kuiz Pameran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang berlangsung di ruang Pameran Perpustakaan.

Akhir sekali, syabas team Perpustakaan UTMKL atas sumbangan anda dalam menjayakan program bermanfaat ini

Share this :