Perpustakaan UTM telah bersinergi bersama Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Sukan (SKBSK) Fakulti Kejuruteraanuntuk menganjurkan Pameran Produk Inovasi di Ruang Lestari, Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Terdapat 18 produk inovasi telah dipamerkan hasil idea daripada pelajar-pelajar Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan & Sains Sukan (SKBSK) dan Azman Hashim International Business School (AHIBS).

Penghasilan produk ini merupakan salah satu dari keperluan wajib bagi pelajar yang sedang mengikuti kursus Conceive-Design-Implement-Operate: CDIO dan Pemasaran Untuk Produk Inovasi.

Produk inovasi yang dihasilkan perlu menyokong kepada keperluan kehidupan seharian dan kesihatan. Antaranya adalah inovasi bagaimana mengenalpasti lokasi ubat-ubatan untuk ahli farmasi, tongkat untuk warga tua yang telah diubahsuai dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan pelbagai lagi.

Pameran telah berlangsung pada 8 dan 9 Mei 2019 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pengunjung perpustakaan. Syabas!

Disediakan oleh: Pn Norashikin Johari

Share this :