Read & Relax Siri 11 bagi bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah diteruskan lagi pada 26 Jun, Rabu jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, di Ruang Terbuka, Aras 1, PRZS. Moderator untuk Sesi Read & Relax pada kali ini ialah Pn Norhafisah Binti Zakaria manakala Hasanul Manzar Bin Ismail sebagai pelapor.
Sebuah naskhah yang menjadi inspirasi untuk kita membentuk diri menjadi seorang insan baik dalam kalangan terbaik.
Menghimpunkan beberapa pandangan peribadi yang berkongsi kisah mengenai seorang jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci akibat runtuhan kren.
Disertai nasihat dan peringatan yang mampu membangkitkan semangat untuk menjadi hamba yang disayangi dan dicintai Ilahi. Al-fatihah buat Siti Nuroshlizan Zolkifli.
Memang lucu apabila seorang bekas majistret berkongsi kisah dan pengalamannya dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu merentas ke negeri Serambi Mekah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun tidak sepi daripada nilai-nilai tarbiah. Memandangkan penulis adalah orang Melaka dan bertugas di Kelantan, perkara utama yang paling menimbulkan masalah pada mulanya adalah bahasanya. Bahasa Kelantan adalah sangat berbeza dari Bahasa Melayu. Antara kisah yang dipaparkan adalah pendedahan bagaimana hukuman sebat dijatuhkan di Penjara Pudu. Menarik juga apabila dapat mengetahui pelaksanaan hukuman sebatan di kalangan kaum India, Cina dan Melayu.
Kisah ini berkisar tentang pengalaman peribadi seorang selebriti Rita Rudaini yang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Aidil Zafuan pada 2008 sebelum bercerai pada 5 September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini berada di bawah jagaan Rita. Segala yang diceritakan dalam buku berkenaan adalah pengakuan jujurnya tanpa berselindung dengan niat agar ianya dapat memberi inspirasi kepada para wanita agar lebih cekal menjalani kehidupan.
Disediakan oleh Hasanul Manzar bin Ismail