Program Read & Relax Siri 12/2019 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah dilaksanakan pada 11 Julai 2019, Khamis di Ruang Foyer pada jam 11.00 pagi. Sesi ini telah disertai oleh tiga (3) orang pengulas yang terdiri daripada Cik Syafiza Idrus, Bahagian Repositori, Encik Azrulnizam Zainal, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan & Sirkulasi, dan Encik Mohamad Fahiezan Md Zan, Bahagian Automasi.

Cik Syafiza Idrus mengulas buku bertajuk 5 Terapi Penyakit Hati

Buku ini berkisarkan tentang seorang wali Allah, Syeikh Maulana Makdum atau lebih dikenali dikalangan Muslim Indonesia sebagai Sunan Bonang, menyediakan satu himpunan nasihat yang sangat berharga. Nasihat itu dinamakan Tombo Ati yang ertinya Ubat atau Terapi Hati. Mengikut nasihat Sunan Bonang, ada lima perkara yang menjadi terapi hati iaitu: Pertama, membaca al-Quran beserta maknanya. Kedua, melazimkan solat tahajud. Ketiga, berkumpul dengan orang soleh. Keempat, zikir malam yang panjang. Kelima, perut selalu dalam keadaan lapar. Kalau salah satu antara lima perkara ini ada pada diri kita, maka Allah S.W.T akan mencukupi kehidupan kita.

Encik Azrulnizam Zainal mengulas buku bertajuk JohorRor

Buku ini merupakan himpunan antologi cerpen seram yang berlatarbelakangkan negeri Johor Darul Takzim. Ia meliputi kisah-kisah popular di kalangan masyarakat Johor dan juga memuatkan kisah-kisah seram yang tular di media-media sosial.

Encik Mohamad Fahiezan Md Zan mengulas buku bertajuk Diagnosis

Buku ini berkisarkan tentang pengalaman tiga (3) penulis bertugas sebagai Doktor di hospital kerajaan. Diagnosis merupakan sebuah novel yang sarat dengan inspirasi dan pengajaran yang ditulis dalam setting perubatan. Walaupun aneh namun ia adalah benar. Novel ini mempunyai pelbagai pengajaran, inspirasi dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan dalam hidup.

Disediakan oleh Muhammad ‘Atiff Mahussain

Share this :