Perpustakaan Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan (BPMP), Perpustakaan UTM untuk julung kalinya telah menganjurkan Program Read & Relax @IBD pada 14 April 2019 bertempat di Ruang Legar N22, IBD. Program ini merupakan kesinambungan dari Kempen Read@Uni dalam memupuk budaya dan menyuburkan kembali minat membaca di kalangan warga universiti UTM khasnya. Perpustakaan UTM dilihat sebagai pemacu utama untuk meningkatkan usaha mewujudkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia menjelang 2030 (Karangkraf Media Group).

Program Read & Relax di IBD  dijalankan secara santai dan disertai oleh tiga (3) orang pengulas dari IBD iaitu En. Mohd Hatta Sodari dengan bukunya ‘Ride the Wild Tiger’, En. Sulaiman Ngadiran dengan artikel saintifik berjudul ‘A Guidebook to Particle Size Anaylsis’ (Rahsia Pembiasan Cahaya) dan Pn. Maizatulakmal Yahayu mengulas buku berjudul ‘Bila Emak Berdrama’. Moderator bagi program ini adalah En. Abas Rahmat manakala Cik Asmafarhana Ibrahim sebagai rapporteur.

Seramai 45 orang telah hadir memeriahkan sesi ini. Turut serta meraikan program ini ialah Ketua Pustakawan UTM, Puan Noraziah Sharuddin dan dan Pengarah IBD , Prof. Dr. Hesham A. El Enshashy. Pihak IBD merakamkan jutaan terima kasih kepada semua panel pengulas , para hadirin dan juga jawatankuasa program dari Perpustakaan UTM terutama kepada Ketua Bahagian BPMP, Pn. Khairulbahiyah Yaakub dan Pn. Norashikin Johari sebagai penyelaras program yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Encik Mohd Hatta Sodari mengulas buku bertajuk Ride the Wild Tiger

Buku ini merupakan sebuah karya perkongsian motivasi yang menyokong transformasi sesebuah organisasi  dengan mengaplikasikan prinsip dan idea yang biasa kita gunakan. Buku ini juga menceritakan perjalanan pencarian diri ke arah kesempurnaan dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja. Gaya penulisan Ruth Tearle sangat memberi inspirasi pembaca.

Encik Sulaiman Ngadiran (tengah) mengulas buku bertajuk A Guidebook to Particle Size Anaylsis (Rahsia Pembiasan Cahaya)

Walaupun buku ini berbentuk ilmiah dan saintifik, pengulas berjaya menarik minat pendengar dengan pengisian yang disampaikan. Ia meneroka kepentingan particle cahaya atau zarah dalam penyelidikan dan kehidupan seharian kita. Percaya atau tidak cahaya matahari boleh menukar mod manusia dalam melakukan aktiviti. Selain itu saiz sesuatu cahaya juga boleh bertindak balas terhadap sesuatu objek seperti lampu suluh, x ray dan laser.

Puan. Maizatulakmal Yahayu mengulas buku bertajuk Bila Emak Berdrama

Buku ini merupakan kisah benar pengalaman penulis dalam menghadapi pelbagai tempoh kesukaran dan ujian seawal mengandungkan anak pertama dan kemudian diuji pula dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan. Menyentuh tentang pergorbanan seorang ibu yang memerlukan kekuatan luar biasa. Penulis juga berkongsi pelbagai tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa muda dalam membesarkan dan menguruskan anak-anak.

Disediakan oleh: Cik Asmafarhana Ibrahim

Share this :